Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Sahla Akak Tak Reti Berniaga!





Patutlah dalam banyak-banyak konsultan dobi Akak sorang yang tak kaya-kaya Akak rasa sebab tiap kali orang nak beli mesin Akak akan tanya 'kenapa nak belim mesin macam tu?'. Pastu bila Akak bercerita panjang lebar the pro and the cons plus the logic about services, machines terus orang tu tak jadi beli.

Selalu Akak cakap fahamkan dulu apa itu dobi, apa itu cucian biasa, cucian kering, cucian aqua dan the latest in the market airwash. Pahaman Akak mengenai airwash lain which is base on the right machine for airwash bukan mesin airwash yang ada kat pasaran Malaysia ni. Akak dah bertanya dengan beberapa usahawan dobi yang menggunakan mesin airwash Malaysia ni. Ada yang tak puas hati dengan cara basuhannya but dah terbeli nak buat macam mana. Ada yang dah beli tapi tak pakai sebab tak puas hati dengan basuhannya (tak tau la sesuai ke tidak menggunakan perkataan 'basuhan'). Harga mesin tak murah yea hadek-hadek. Walaupun harga mesinnya tak cecah RM10,000 tapi kalau dah beli tak guna pun rugi. But kalau pakai tapi rasa macam tak basuh pun tak baik. Pelanggan banyar kita. Service line tak mudah. Sekali pelanggan dapat tangkap kita buat perkara tak betul akan disampai-sampaikan ke orang lain. Nama kita juga yang busuk.

Seperkara lagi mesin dobi ni memang banyak. Macam-macam jenis dan makin lama semakin canggih. Tapi pastikan dahulu adakah ianya bersesuaian dengan servis yang ingin kita berikan. Macam satu kes baru-baru ini...sorry yea Bang, I know you read my blog mungkin boleh fikirkan semula apa yang bakal saya terangkan ni. Nak beli iron table yang ada sleeve board sekali (sleeve board iron board yang bertenggek kecik tu). Harga boleh cecah RM3,000 ke RM5,000 tak silap Akak. Kalau ada mesin dry clean or aquaa wash berbaloi untuk beli. Sebab selalu yang menggunakan sleeve board ini untuk jaket sebab jaket kita tak gosok sampai ada line kat lengan. Kalau kita sub dry clean ke tempat lain, mereka akan basuh dan gosok sekali. Jadi tak menggunakan sepenuhnya the sleeve board tu. Tapi jika kita hanya menawarkan cucian biasa dan ironing it's not worth it. Selalu irang hantar untuk iron sahaja adalah kemeja, t-shirt, baju kurung. Semua tu kena tenyeh kasi side tajaaam punya! Ekor cicak kasi putus punye line. Kalau nak pakai sleeve board tu beli je di Ace Hardware. Murah je dalam RM15 sepapan. Ha belilah 2 papan.

Sama juga macam ada satu kes dimana sorang kakak ni call nak beli flatwork ironer. Bila Akak tanya pasal business dobi sekarang dan kenapa nak beli mesin tu jawabnya 'kawan dah janji nak kasi job hotel'. I love this answer. My advise beli mesin base on cara marketing kita. Kalau kita pasti kita sendiri boleh dapat kontrak tu baru invest in machine baik sikit. Base on orang ni susah. Dah 3 kes yang refer to Akak 'kawan cakap nak tolong, tapi bila dah beli mesin takde pun business yang dia kasi' dah rugi kat situ. Tak pakai. Membazir. Mesin bukan murah. Setiap mesin yang canggih-canggih ni ada tujuan kenapa mereka buat. Selalunya untuk memudahkan tugas usahawan dan dalam masa yang sama cuba untuk mengurangkan kos operasi bagi usahawan (walaupun ramai usahawan tak tau pasal ni). Tapi kena faham la semakin canggih mesinnya, semakin canggih jugalah harganya. Jadi pastikan betul-betul what we want. Focus 1 thing at 1 time. Tapi kalau ada duit 18 ghoni belakang rumah tak payah cerita banyaklakan....COME TO MAMAH! Tau la Akak kerjakannya.

Yang pasti lepas ni kalau orang minta nak beli mesin Akak akan cakap 'Beli mesin ni. Ambik mesin yang paling mahei sekali. Akak nak beli BMW ni'. Rasokan...

1 comment:

Siti Subaiyah said...

Good info 😊

Post a Comment