Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Business Is Not Easy

 Boleh muntah hijau sey dok ulang benda yang sama

Akak rasa ramai boleh muntah darah kalau baca blog Akak sekarang sebab dok ulang benda yang sama. Tapi nak buat macam mana sebab benda dan soalan yang sama orang dok tanya.

Apapun Akak akan make sure maintain chateks kalau nak muntah

But sebelum Akak memulakan hujah-hujah Akak, nak Akak ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca blog Akak sebab ada yang mengatakan blog Akak memberikan motivasi untuk mereka in all way. Thank you very much and I really appreciate you guyz in me.

Ok let start!

Well like the title...Business is not as easy as you thought. Saya mengambil contoh bagi perniagaan dobi la sebab my experience is in laundry.  Hampir kebanyakkan usahawan baru mengambil pendekatan menceburi dunia perniagaan dobi hanya berpandukan kepada luaran. Maksudnya disini dengan hanya melihat perniagaan dobi dari kaca mata seorang pelanggan. Kita hanya melihat bagusnya dobi ni sebab kita sendiri hantar baju ke dobi seminggu 2 3 kali. Kita hanya melihat dari luar kedai dimana kita lihat banyaknya baju dalam kedai tersebut. Tetapi apa yang patut kita lihat adalah melihat dari kaca mata seorang usahawan dobi. Being a business person is not that easy yea. Banyak benda yang perlu diambil kira. Dari perkara sekecil kuman hingga lah perkara sebesar bapak gajah.

Kecik ati gajah dok guna nama dia

Hampir kebanyakkan usahawan yang membuka perniagaan dobi hanya melihat dari segi modal nak buka kedai dobi. dan modal yang paling penting bagi mereka adalah untuk mesin dan peralatan. Saya selalu mendapat panggilan dari individu yang berminat untuk membuka perniagaan dobi bertanyakan mengenai modal untuk perniagaan dobi. Soalan pertama yang akan saya ajukan 'Berapa budget you ada?'. 'Dalam RM50K'. Nak saya kata 'Tak payah la, simpan dulu duit tu' nanti orang kata saya busuk hati. Konsultan lain kata ada RM50K boleh buka dobi kenapa dengan saya tak boleh. Boleh kalau nak buka, but that will not be me. Saya pernah mendapat panggilan masa lepak dengan kawan, orang minta advice nak buka dobi. Bila saya cakap kalau ada RM15K jangan buka dulu.  Simpan duit tu. Kawan-kawan kata 'you are so stupid. People want to give you business and kau tolak'.

Sedih bila ada orang kata Akak bodoh, tak pandai berniaga.

It just not my style.  Macam dah saya tulis dalam beberapa topik didalam blog SembangDobi and still there's a people fail to understand how i work. Saya takkan berkata YES hanya untuk kepentingan saya sahaja. People put their life in business. Keluarkan segala duit yang ada untuk berniaga. Kalau kata boleh buka dobi tetapi disepanjang tempoh berniaga banyak perkara yang berlaku hingga boleh menyebabkan usahawan tersebut lingkup tak guna.

But think logicly dengan hanya RM30,000 untuk membuka perniagaan dobi, cukupkah wang sebanyak itu untuk menampung senarai dibawah selain daripada memikirkan soal modal untuk mesin dan peralatan sahaja?;

Sewa kedai : 1 + 1 + 1/2 api dan air = RM
Lesen perniagaan dari majlis perbandaran = RM
Buat singboard = RM
Print flyers untuk hari pembukaan = RM
Print buku resit = RM
Renovation = RM
Barang bahan habis guna = RM
Lain-lain pekakas spt bakul, mobile rak, rak baju, alat menjahit, alat penimbang (ni kena dptkan kesen ye) dan lain-lain yang berkaitan = RM
Belum lagi masuk 6 bulan modal pusingan bagi tahun pertama (ada yang sarankan perlu ada modal pusingan untuk tempoh setahun pertama perniagaan)

Oleh itu saya tetap dengan keputusan saya dan macam mana saya memberi khidmat nasihat kepada pelanggan saya....don't question me!

Kalau kata saya tipu dan bodoh, check this out...

Setiap yang berlaku ada jalan penyelesaiannya.
Tetapi kalau rasa ini penghujungnya...I can't say much.


Dengan oleh itu Akak akan mengekalkan cara Akak berniaga (mungkin sekarang cara Akak bekerja agak lembab sebab buat 2 kerja dalam 1 masa).

Yang penting saya happy dengan cara saya!!

2 comments:

Unknown said...

DAPATKAN COIN PERCUMA

https://letcoin.world/signup/eyJpdiI6IlhBXC9PUUEycEM1SlJqS2kyUVc1azVBPT0iLCJ2YWx1ZSI6IkxlRlZjaURnbk1aQ3lNM1p1ZHdJdHc9PSIsIm1hYyI6IjBlNGMyZWY2NzQ1MmUyMjg3M2E5ZTZlOWFhMjMyZWJhMGUzZjNjMDBkMTA3MGNjMmNiYjg4ZDUxNjNkNzE2NjMifQ==

Unknown said...

ohh but kakak i still dont get your point. meaning its a waste of time ke (laundry) ? hopefully u can share more details, thx.

Post a Comment