Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Time To Review

Walaupun dah masuk bulan 3 Akak rasa masih belum terlambat untuk Akak bagitau benda penting ini untuk kebaikkan bersama. Andai kata sudah masa untuk usahawan meng'review' you business please do so.  Review tidak hanya dari segi harga tetapi juga dalam operasi harian perniagaan. Get more knowledge bukan sahaja untuk operasi dobi tetapi juga mengenai hal-ehwal syarikat.

As of now dah 4kes dirujuk kepada Akak berkaitan kes saman. 2 yang Akak tepek dalam blog ni. 2 lagi tak dapat Akak tepek sebab ianya perbualan talifon. Mungkin sudah masanya usahawan mahupun bakal usahawan memahami betul-betul mengenai perniagaan dobi, mengenai operasi dobi, mengenai pentadbiran am syarikat, mengenai akaun syarikat dan banyak lagi.

Hingga kini masih lagi yang memandang perniagaan dobi ini sebagai perniagaan sampingan. But think carefuly kalau dah keluarkan modal sekecil-kecil modal kata lah RM10,000. Sikit ke? Senang ke nak dapat kan RM10,000 tu?

Akak menjangkakan banyak kedai dobi yang akan ditutup pada tahun ini. Jika akhir bulan 11 sahaja lebih daripada 12 kedai dobi hendak dijual dirujuk kepada Akak. Akak jangkakan ianya akan menjadi lebih due to few reason.

Fikir-fikirkanlah....

Dikemaskini pada:
2 March 2015

No comments:

Post a Comment