Lama akak tak update blog ni. Maafkan saya kerana kebelakangan ini agak sibuk dengan tuntutan kerja. Apapun saya masih lagi aktif menjalankan kursus keusahawanan dan motivasi bagi perniagaan dobi ini.
Apapun mengenai tajuk diatas. Akak gembira jika peserta atau kawan-kawan saya bersemangat dan berjaya.
5 6 bulan yang lepas Akak berlepak-lepaking dengan seorang kawan Akak. Seperti biasalah bergossip dan akhirnya dia terbuka cerita tension dengan kerja. Dan macam biasalah nasihat Akak kerja mana-mana pun sama sahaja. Pindah tempat lain pun akan mengikut nasib. Samaada dapat yang lebih baik atau akan dapat yang lagi teruk dari apayang ada sekarang. The best is terima sahaja lah. Ataupun BERNIAGA.
Seperti biasa dan seperti kebanyakkan mereka yang belum pernah berniaga. Takut dan tidak yakin merupakan perkara pertama didalam fikiran mereka. Dan Akak pun menjalankan kewajipan sebagai seorang konsultan dan pemberi semangat. Bagitau apa yang dia boleh buat dan macam mana nak buat.
Alhamdulillah dibulan ke-2 perniagaan sambilan ini hasil jualan mencecah RM400-RM500. Dan kini selepas 5 @ 6 bulan berniaga (tak silap Akak 5 bulan....Akak tak berapa ingat) boleh mencecah RM2500 - RM3000 sebulan. Alhamdulillah beliau masih bekerja ditempat yang sama dan menjalankan perniagaan sambilan ini. Yang menariknya ianya BUKAN PERNIAGAAN DOBI. Dan ini apayang Akak labelkan sebagai TURN YOUR HOBBY TO YOUR INCOME.
Seperti yang Akak selalu katakan Akak pemerhati. Yang mana menarik dan boleh dijadikan perniagaan sambilan akan Akak kongsikan bersama peserta kursus Akak kelak. Dan yang mana rasa idea itu boleh digunapakai,gunakan sebaik mungkin.
Adakalanya orang minat berniaga tetapi tidaktahu macam mana nak mulakan. InshaALLAH Akak akan cuba sebaik mungkin untuk membantu.
Kemaskini pada: 10 Sept 2014
No comments:
Post a Comment