Maafkan saya kerana post ini tiada kena mengena dengan dobi. Cuma luahan hati sendiri memandangkan ianya amat menyesakkan saya sekarang.
****************************************
Kekadang terfikir kenapalah mudah sangat membantu bangsa sendiri bernama sahabat yang sedang susah sedangkan kita tahu pengakhirannya amat mendukacitakan/menyakitkan dan menyesakkan diri sendiri.
Walaupun keluar dari mulut sahabat itu sendiri yang kita tahu apa akan terjadi pada pengakhirannya tapi mengapa masih ingin membantu?
Bila diminta untuk dikemaskini status keadaan jawapan yang diberi 'Beb, business ni makan masa. Bukan hari ini buka terus dapat duit'. Kita tak tau ke mengenai tu? Bodoh sangat ke kita untuk berfikir hari ni start berniaga esok dah dapat untung?. And this is not the 1st time happen tapi mengapa masih ingin membantu hingga menyesakkan dada sendiri.
Dan mengapa tiba-tiba hilang meninggalkan kita tanpa sebarang kata-kata. Kenapa boleh jadi macam tu? Tiada rasa bersalah ke dihati mereka?
YA ALLAH...
I am not asking you to make my life easier, just make me be a stronger person...
No comments:
Post a Comment