Semasa kursus dalam sessi perbincangan banyak perkara yang saya sentuh. Termasuklah soal partnership. Saya sendiri pernah kena banyak kali sampailah baru-baru ini. Sampai bergaduh. Tapi apa yang terjadi dengan salah seorang pekerja kursus saya agak mengejutkan juga dengan tindakkan partnernya. Both keluar duit sama banyak agaknya. And macam yang selalu saya beritahu tahun pertama dan ke-2 agak kritikal kerana diwaktu inilah segala ujian akan datang. Am not sure for what reason mereka berpisah aka bergaduh. Bila saya tanya mesin semua macam mana?. 'Satu malam kak dia datang dengan lori ambik semua mesin. Saya ada dekat kedai masa tu'. Adalah cerita-cerita lain juga. 'Saya malas nak gaduh-gaduh kak. Saya biarkan dan sekarang saya bayar je kat bank'. Sama macam saya. Malas nak fikir sangat bila terjadi. Memang sedih sebab duit keluar tapi ALLAH lebih mengetahui. Kita buat lain dan ikut kemampuan. Selagi boleh bekerja dan berniaga itu yang saya buat sekarang. Berkongsi dengan peserta saya untuk dijadikan panduan.
Sebenarnya dalam sessi perbincangan banyak yang saya ceritakan adalah apa yang berlaku pada diri sendiri. Bila kita merasai sendiri dan bercerita lagi bagus. Supaya bakal usahawan taubukan mudah untuk berniaga. MUDAH memakan masa dan persiapan kita dari segi fizikal dan mental penting.
Kemaskini: 11 Ogos 2014
No comments:
Post a Comment