Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Hati-Hati Dalam Semua Urusan






Apapun alhamdulillah ianya dijangka akan dibuka dalam minggu hadapan. Cuma saya kurang pasti memang beginikah caranya apabila pelanggan ingin mengambil pakej yang ditawarkan. Pelanggan perlu membuat full payment sebelum pihak konsultant memulakan sebarang pekerjaan. Jika betul pihak konsultan perlu membuat kerja dengan pantas. 2 bulan ke 2 bulan lebih skit adalah perkara biasa kerana bergantung pada adanya mesin atau tidak plus renovation juga mengambil masa yang agak lama. But hampir 5 bulan tu macam kurang sesuai. Pelanggan bayar sewa kosong for few months. Itu dah dikira kurang sesuai/betul.

Dan kejadian ini bukan kejadian pertama dirujuk kepada saya. Last year ada 4 kes kalau tak silap. Dan tahun ini sahaja ada 5 kes dirujuk. Apa yang boleh saya beritahu hanyalah kata-kata nasihat untuk bersabar. Ada diantara mereka yang ingin saya menjadi orang tengah antara mereka dan pihak konsultan. Bagi saya kurang sesuai untuk saya mencampuri urusan syarikat lain (memang saya juga kurang berminat. Akak tak suka gaduh-gudah bila usia dah lanjut ni sebab akak bila marah terus high pitching).

Apapun akak nasihatkan hati-hati dan perlu mendapatkan maklumat yang lengkap untuk berurusan. Dan akak masih kurang pasti mengenai full payment ni. Sebab cara akak berbeza. Akak sebagai konsultan atau akak sebagai pelanggan, akak prefer part by part basis. Sebab akak kurang suka pegang duit orang lama-lama. Client bayar, akak terus bayar supplier or contractor. Sebab zaman kecanggihan IT ni takut orang hack akaun akak. Duit sendiri hilang takpe la. Susah-susah akak jual pisang tepi jalan. Tapi duit client hilang...Akak royan weeeei.

Dikemaskini pada 18 Jul 2014

No comments:

Post a Comment