Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

When You Put Your Mind Into It...

Saya tumpang happy bila peserta saya berjaya. Memang apa yang diperolehi bukan sesuatu yang mudah but if you put your mind and soul and give all you have and focus...inshaALLAH kita boleh.
Gambar pertama baru buka cawangan ke-2 di area Subang USJ. Gambar yang ke-2 dan ke-3 dimiliki oleh usahawan yang sama di Sarawak.

Yang ni sebab mereka didalam FB Akak sebab tu Akak boleh dapat the latest up-date dari mereka. Ada juga yang menalifon Akak memaklumkan ada yang baru nak buka, ada yang dari retail buat komersial dan ada yang buka cawangan dan lain-lain. Ada juga yang menjemput Akak ke kedai mereka but Akak minta maaf banyak2 kerana tarikh yang diberikan bertembung dengan agenda-agenda Akak yang lain. Apapun Akak sentiasa mendoakan yang terbaik dan inshaALLAH akan sentiasa memberi bantuan yang diperlukan.
Di Selangor
Di Sarawak
Di Sarawak
Apapun...
Sessi meroyan tetap ada yea...

BUT THE WINNER IS...
Kedai dobi kat bawah rumah Akak laa (and tolong ambil perhatian, dobi tu bawah rumah Akak. Bukan milik Akak. Ramai ingat tu Akak punya...bukan...bukan. Dan mereka juga bukan peserta kursus Akak). Rasanya tahun ini tahun ke 4 tak silap Akak and they really expanding. Sekarang tengah tambah 2 unit kedai lagi sebab yang sediaada tidak dapat menampung yang sediaada. So the total kedai mereka ada is 5 unit kedai!!.

Tidak dinafikan sehingga kini masih lagi ada soalan-soalan yang diajukan 'Untung ke business dobi ni Cik Laila?'. Macam yang Akak selalu sebut tidak ada perniagaan akan rugi jika ianya dirancang dengan betul melainkan jika kita tidak merancang, kita merancang untuk rugi. lagi 1 jangan lokek untuk mengeluarkan duit untuk menghadiri kursus sebagai persediaan.

JADI SILA NILAI KAN SENDIRI....

Updated: 9 Feb 2014

No comments:

Post a Comment