Business bukan hanya preparation dari segi modal. Paling penting adalah your fizikal and mental. Mental lagi penting sebab once you are down, you can't think straight.
Terdapat 3 4 usahawan baru dobi sedang berperang dengan perasaan. 'Makan hati', 'Penat', 'Menyesal' dan lain-lain keluhan. Bila kita berniaga semuanya memakan masa. Saya percaya mereka-mereka yang berjaya sekarang pun pernah mengalami saat jatuh bangun dalam dunia perniagaan.
Sebab itu bila kita mengambil keputusan untuk berniaga adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang betul, mempunyai modal yang cukup dan perlu tahu hala tuju perniagaan kita.
Berniaga memang perlu mempunyai naluri minat untuk berniaga. Tapi tanpa pengetahuan, tanpa tahu masa yang akan diperuntukkan, modal yang diperlukan susah kot.
Dan untuk yang berniaga kesabaran disini melibatkan duit. Bukan hanya kesabaran hati.
Tak tau macam mana saya nak terangkan tapi faham-fahamkan lah. Bila mental letih memikir duit tang telah keluar dan kurangnya duit yang masuk, secara automatiknya jiwa dan fizikal akan menjadi kacau. Bila kedua-dua in terganggu secara automatiknya kita tak boleh berfikir dan ini akan effect apa sahaja yang sedang kita lakukan.
Updated: 11 April 2014
No comments:
Post a Comment