Niat saya hanya satu iaitu
berkongsi pengalaman bekerja di dalam industri dobi selama 9 tahun dan 4 tahun
sebagai freelance consultant. Apa yang dikongsikan pula tidak hanya meliputi
aspek operasi harian perniagaan dobi tetapi juga meliputi didalam hampir kesemua
aspek sebagai persediaan bakal usahawan.
Selain daripada itu pengalaman saya berniaga, jatuh bangun saya didalam perniagaan juga saya kongsi bersama. Mungkin perniagaan yang saya ceburi bukan dobi tetapi asas kesalahan didalam perniagaan secara amnya adalah sama. Siapa yang pernah hadiri kursus saya akan tahu dan rasanya faham apa cuba saya sampaikan.
Ada diantara cerita-cerita (kisah
benar Akak yea. Ni bukan ikut buku punye) macam menakut-nakutkan peserta.
Sesungguhnya bukan niat untuk menakut-nakutkan peserta atau bakal usahawan, cuma
saya tak rasa perlunya janji-janji manis kepada bakal usahawan macam ‘bila berniaga
kita akan ada banyak masa untuk buat benda-benda lain’ (kebenarannya: betul itu
pun selepas berhempas pulas, menitis air mata darah sementara nak naikkan
perniagaan. Paling awal keselesaan boleh dirasai selepas setahun berhempas
pulas, mungkin boleh mencecah 2 – 3 tahun atau mungkin juga lebih). ‘Kalau ada
kedai ambil sekurang-kurangnnya seorang pekerja untuk membantu’. Yang ni
panjang penerangannya tapi salah satunya tapi yang selalu saya ingatkan bila
ambil perkerja, dalam tempoh setahun pertama usahawan akan menjadi gagah
perkasa ala-ala BADANG macam tu sebab tahun pertama asyik makan muntah makan
muntah dengan perangai pekerja. Ada pula yang kata ‘saya akanberhenti kerja dan
jalankan sendiri. Tak nak ambil pekerja mula-mula.’ Persiapan dari segi fizikal
dan mental perlu tinggi sebab dobi agak memenatkan. Penat bekerja dan penat
melayan karenah pelanggan. Ke laser an mulut perlu dikurangkan. Dan yang
penting sekali tahap kesabaran perlu tinggi. Kalau dalam tempoh 6 bulan ke
setahun pertama tak kena gila meroyan kira ok la dah. (yang ini masa kursus
Akak akan sentuh banyak the pro n cons tanpa dan ada pekerja). Dan banyak lagi
yang akan diterangkan dalam semua aspek untuk usahawan bersedia dari segi
fizikal, mental dan juga modal.
So join kursus saya inshaallah I
will share a lot with you dan apa yang dibayar kepada Laila Mukhtar Mgmt adalah
berbaloi….
Dan disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta kursus saya dan pembaca blog saya.
Updated: 9 Aug 2013
No comments:
Post a Comment