Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Masih relevant kah caj dobi sekarang?

Last week Akak melepak dengan kawan yang memang sememangnya berpengalaman didalam dunia dobi ni. Kami bercakap cakap pasal dobi dan termasuk lah mengenai caj yang dikenakan sekarang. Bila Akak cakap caj gosok sekarang ni dalam RM1.50 ke RM1.80. Ada juga yang RM2 dan ada juga yang masih RM1.20. Dia kata mana boleh skg harga macam tu. So dia congak-congak. Tak boleh harga tu sekarang. ...katanya. Pastu dia tanya Akak harga sabun, softener, solvent. Tapi dia tak citer apa-apa lagi la sebab kita bincang pasal benda lain sebenarnya.

Tapi bila Akak buat congak-congak Akak pulak. Untuk menggosok ada beberapa element penting yang perlu diambilkira bagi mengira kos menggosok dan congak Akak hanya masukkan 2 element untuk tempoh menggosok 5 minit bagi sehelai (kalau dapat 5 minit sehelai tapi kebiasaanya lebih). 2 element untuk tempoh 5 minit congakkan Akak dalam RM0.6+ (ingat ini tidak termasuk lagi element caj bahan api dan yang berkaitan). RM0.6+?. Untuk tempoh 5 minit menggosok. Kalau sehelai mengambil masa 8 minit, berapa pula kos tambahan bagi setiap minit?. Dan yang masih mengenakan caj menggosok RM1.00 ke RM1.20 berbaloi kah?. Akak tau akan ada yang berdetik 'tengok kawasan la cik laila'. Betul but kita berniaga. Bagi Akak boleh letak harga yang lebih tetapi servis mesti bagus. Dan maksud servis bagus disini bukan setakat gosok cantik, licin, baju basuh wangi lipat molek-molek tetapi all over senyum, greet customer dan kalau boleh ingat nama customer pun dah kira bagus. Dan kalau boleh bukan hanya didalam kedai, kalau jumpa diluar pun kalau di pandang kita, kita tegur dan senyum dan sebut nama kalau ingat. Jangan la pi tepuk tampar pulak kan.

Yang ni congakkan mengenai caj gosok. Kos basuhan? kos dry cleaning? kos wet cleaning?. Plan nicely, wise dan slowly guyz. Mungkin jangka masa pendek kita tak nampak. For a long term business. Kalau kita tak buat proper account kita tak nampak. So think wise...


Updated: 22 Jan 2014

No comments:

Post a Comment