Kebelakangan ini Akak and Izah sering menerima email/txt mgs yang minta quotation bagi self-service laundry setup. Disini Akak nak bercerita sedikit mengenai pakej yang LMM ada. Pakej dobi layan diri yang sediaada dicater untuk menampung permintaan pelanggan. Macam mana Akak nak mulakan yea...
Dia macam ni, untuk pakej kecil yang menggunakan mesin stack washer and dryer kita beri 6 unit dalam satu pakej dan 10kg bagi setiap unit kapasiti. Ada permintaan yang minta untuk memulakan 2 unit stack washer and daryer. Dia macam ni kalau dobi biasa kita boleh pelbagaikan servis yang ada sebagai contoh khidmat menggosok dan cucian kering (yang takde mesin kita subkan dekat orang). But in self-service our service limited kepada membasuh dan mengering sahaja. Jika dimulakan dengan 2 unit stack washer and dryer secara logiknya your turn over akan menjadi lambat dan tidak mampu untuk menampung perbelanjaan bulanan seperti membayar sewa, bayar api dan air dan lain-lain yang berkaitan.
Ada juga permintaan yang hendak mencampurkan separuh kedai untuk self-service dan separuh kedai untuk dobi biasa dan untuk cucian kering. Secara logiknya keluasan kedai akan menjadi masaalah. Kedai perlu dibahagi kepada 2 bahagian sebab perlu ingat self-service adakalanya dibuka untuk tempoh 24 jam. Sedangkan dobi biasa akan tutup pada waktu tertentu. Kalau kita tak buat ruang khas. Kalau baju kena curi macam mana? Self-service laundry kebiasaannya dibuat secara konsep terbuka dan dikawal oleh cctv. Kalau kata bahagian dobi biasa tidak tutup barang-barang yang hand carry mudah dicuri.
Lagi 1 faktor modal. Kalau orang tanya Akak nak berniaga ni buka kecil-kecil anak modalnya. Nak buat buat betul-betul. Dobi sekarang ni makan lama makin banyak, jika kita buka ala-kadar in future mungkin kita yang sangkut. Lebih-lebih lagi kalau pesaing mampu membuka dan membeli kelainan didalam perniagaan dobi mereka.
Sebab tu Akak selalu tekankan. Know what you want. Kenalpasti pasaran kat sana macam mana. Self-service juga boleh dipelbagaikan konsepnya cuma kena tau servis yang boleh diberi. Ok?
Biarlah orang kata Akak sombong or tak pandai berniaga. Kalau fikir business yang akan Akak dapat dengan hanya menjual tanpa membantu bakal usahawan mengetahui apa itu perniagaan dobi...Akak jual je. But bila fikir kemungkinan yang akan dialami oleh bakal usahawan in-future sebab tu Akak selalu minta balik buat research betul-betul. Even supplier mesin Akak pun selalu cakap bila ada yang minta set dobi yang tak boleh diterima pakai (maksudnya akan memudaratkan usahawan sendiri) "Laila, they will have trouble if they open with just this kind of machine'. Kalau sesiapa rajin browse internet sekarang ni terdapat banyak kedai dobi yang kecil-kecil ingin dijual atas beberapa faktor. Dan tak salah untuk Akak cakap antara faktor yang mendorong kepada ini adalah kurangnya modal pusingan. Baru-baru ni Akak browse mudah.com dan ternampak 1 iklan dobi untuk dijual. Kalau Akak tak salah la....kalau tak salah this 1 shop belong to someone yang Akak kenal. Bukan kenal sebagai peserta tetapi dia selalu pm and whatsapp Akak minta pandangan macam mana nak menaikkan lagi sales sediaada. Pelbagai idea yang Akak bagi tapi agak sukar kerana mesin yang ada tidak dapat menampung banyak basuhan dan beliau juga setuju yang mesin sediaada tidak dapat menampung. Bila tidak dapat menampung permintaan bermaksud kurangnya pendapatan. Bila kurangnya pendapatan akan hadapi masaalah untuk membayar perbelanjaan bulanan. Setelah hampir setahun...akhirnya kecundang juga. Jadi fikir-fikirkan la....
*tapi kalau duit kat rumah ada setempayan dan tak tau nak buat apa. Come to mamah...
*jangan ingat Akak poyo sangat macam terer. Akak hanya bercerita apa yang betul. Fikirkan sendiri...TIADA PERNIAGAAN YANG RUGI KECUALI JIKA TIDAK DIPANDANG SECARA SERIOUS DALAM SETIAP ASPEK.
*sorry kalau ada banyak typo. Biasa lah umor dah masuk zohor ni agak kurang jelas dengan screen 2 inci ni yea. Harap maklum.
Updated: 14 Feb 2014
No comments:
Post a Comment