Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Ianya sama. cuma.....

Selepas hampir 7 tahun Akak buat consultation dalam dobi macam-macam ada.

Soalan-soalan lazim melalu call/sms/email;
1) saya berminat dengan business dobi, boleh beri maklumat.
2) bagaimana untuk memulakan perniagaan dobi?
3) adakah dobi ini menguntungkan?
4) berapa modal kalau nak buka dobi?
5) dry clean tu apa? aqua tu macam mana? dan sebagainya.

Terus terang Akak cakap apa yang disoal adalah soalan general dan ianya adalah didalam kedua-dua blog Akak. Cuma tak faham kenapa harus tanya. Mungkin tak baca sepenuhnya. Kalau nak Akak terangkan secara reply melalui email jawapan nye sama seperti 5 keping kertas A4 sebab terlalu besar skop soalan tu. Mana Akak nak mulakan?. Macammana nak mula? Kalau ikutkan perlu mula dari penubuhan syarikat, nak pilih lokasi, nak pilih mesin dan peralatan. Nak tau pasal modal? Akak tau secara amnya nak tau pasal harga mesin. Tapi takkan Akak nak bagitau pasal harga mesin sahaja. Lain-lain modal yang terlibat? kerana kebiasaannya hanya menitik beratkan modal mesin dan peralatan dan renovation. Lain-lain belanja yang terlibat? Belanja-belanja kecil pun kalau di campur tolak bahagi darap boleh effect jumlah fund yang sediaada kalau fund yang diperuntukkan terhad.

Kalau nak bagitau pasal mesin. Akak ada standard jumlah mesin yang perlu ada. Ini semua ada hubung dengan pemasaran nanti. Kalau mesin tak cukup atau salah akan effect the business. Kalau effect business turnover akan menjadi lambat. Dan macam-macam lagi. Bukan hanya untuk apa yang Akak gomelkan diatas. Banyak lagi yang perlu diambil kira. Belum lagi Akak sentuh pasal perkara-perkara asas mengenai perniagaan/syarikat.

Dan ada pula yang hadir hanya untuk mendapatkan maklumat sahaj dahulu mengenai semua di atas. Jadi the best yang Akak boleh bari untuk waktu ini sebagai membantu bakal usahawan adalah.....(seperti dibawah)


This is the best yang Akak boleh beri untuk setakat ini. Walaupun harganya RM50. InshaALLAH banyak benda yang akan diperolehi semasa kursus.  Akak tak pernah buat main-main dengan apa yang Akak buat (so far lah). Bagi Akak ini adalah penting. Terpanggil dengan satu panggilan beberapa hari lepas 'Keadaan ekonomi sekarang tidak menentu. Nak berniaga ni saya perlu faham betul-betul. Takut salah langkah kak'. Betul dengan apa yang dikatakan oleh pemanggil.

Bukan itu sahaja. Ada juga kes dimana bakal usahawan datang berjumpa dengan Akak. Kalau tak faham pasal dobi Akak ok lagi. Tapi kalau langsung tak faham pasal keusahawanan. Pasal nak berniaga. Please do something about that. Kalau macam blank langsung pasal berniaga kamu senang ditipu. Tolong hati-hati. Mungkin orang boleh ambil kesempatan. Kalau kita bukan dari keluarga yang ada setempayan emas dirumah (orang kaya la) RM1,000 dikira banyak untuk orang berniaga.

Dan kalau boleh jangan sms Akak cakap 'kalau ada kursus percuma anjuran pihak tuan sila maklumkan kepada saya'. Akak tahu yuran yang Akak kenakan sebelum ini agak mahal bagi sesetengah orang kerana ianya termasuk kursus latihan praktikal. Tapi Akak pun berniaga. So far RM50 1/2 day talk is the best Akak boleh bagi untuk semua.

Updated: 12/03/2014

*Akak mendapat maklumbalas dari bakal usahawan....InshaALLAH seminar ini akan diadakan di setiap negeri. Cuma perlu sabar sebab perlu menyusun jadual. Jadi sentiasalah menyemak blog saya 

No comments:

Post a Comment