Akak akan berada di UUM Kedah pada 5 & 6 Februari ini bagi Bengkel Dobi Praktikal Komprehensif - Komersial anjuran UEC-UUM di Sintok, Kedah. Akak tau this is too short notice tapi kalau siapa berkesempatan boleh hadiri. Ini sebenarnya inhouse course tapi selepas berbincang mereka hanya buka untuk 2 ke 3 orang peserta sahaja.
Kebiasaannya bila saya buat kursus di sini antara latihan praktikal yang perlu dibuat oleh peserta akan pergi hotel untuk delivery dan collection of linen. Balik akan buar semua proses seperti biasa. That is normal. But yang tak normalnya untuk kursus kali ini. Di sessi perbincangan iaitu pada hari ke-2 kursus, 1 sessi adalah sessi bagi cara pngiraan caj basuhan. Ini adalah penting. Why? Sebab kebelakangan ini bila tarif elektrik naik banyak usahawan yang bertanya perlu kah naikkan harga menggosok? Bila harga minyak naik ianya effect semua benda akan ada soalan perlukah naikkan harga caj basuhan? Dan sebagainnya. Dalan kursus ini nanti kita akan ajar cara untuk mengira caj basuha per unit/piece/helai. Daripada sini usahawan akan tau betulkah caj-caj yang dikenakan selama ini. Berbaloikan caj menggosok kita selama ini. Dan sekiranya terdapat kenaikkan tarif elektrik or air or yang berkenaan usahawan boleh membuat pengiraan sendiri. Dan dalam masa yang sama akan ada sessi soal jawab bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat dan berkongsi pengalaman bersama tenaga pengajar.
Saya tak pasti berapa yuran di kenakan kerana ianya anjuran UEC-UUM. Boleh hubungi 017 5047707 untuk yuran kursus kerana ini bukan kursus anjuran Laila Mukhtar Management.
Please....sila buat sedikit pelaburan bagi menghadiri kursus ini. Inshaallah kita akan berkongsi bersama segala ilmu yang ada dengan semua usahawan.
Sebenarnya kursus ini telah cuba saya anjurkan beberapa kali tetapi tidak mendapat sambutan. Bagi saya usahawan perlu mengetahui cara pengiraan bagi menentukan samaada caj-caj yang dikenakan selama ini adakah menguntungkan atau merugikan (minta jauhkan la). Kalau menguntungkan adakah ianya berbaloi dengan caj can kerja yang dilakukan. So please do some investment untuk kursus ini. Dan ianya terhad kepada 2 ke 3 orang peserta luar sahaja.
(sebenarnya Akak akan pergi sebagai pemerhati sahaja. Yang akan mengajar adalah En Zulkiffli Mohd Radzi, pengasas rangkaian Dr Clean Concept Shop. Inshaalah banyak ilmu yang boleh dipelajari dan didapati daripada beliau).
Updated: 17 January 2014
No comments:
Post a Comment