Semalam Akak dok godek-godek, punggah-punggah kotak-kotak lama tiba-tiba Akak terjumpe file masa Akak mula-mula jalankan kursus dobi ni. Kursus pertama Akak buat Oktober 2007 dibawah Creative Pearl (M) Sdn Bhd sebab masa tu pinjam co' orang sebab takde duit nak bukak syarikat. In April 2009 rasanya baru dibawah Laila Mukhtar Management. Maksudnya tahun ini tahun ke-7 Akak dah menjadi konsultan bagi industri dobi ini. Alhamdulillah masih disini dan inshaALLAH akan sentiasa disini selagi masih diperlukan.
Apapun banyak yang telah Akak lalui bermula dari nak mulakan business sebagai konsultan ni. Ada yang bagus dan ada yang tak bagus. Dan semua pengalaman-pengalaman ini ada Akak ceritakan kepada peserta kursus Akak. Bagi Akak menceritakan jatuh bangun Akak didalam business adalah yang terbaik untuk dijadikan contoh. Baik di ambil, yang tak elok sebagai peringatan dan cuba elakkan.
Dan disini Akak nak mengucapkan ribuan terima kasih sangat-sangat kepada peserta dan pembaca blog Akak. Tanpa anda semua I will never be here. Terima kasih dengan segala kepercayaan yang diberikan. Dan Akak tau Akak pun bukan la se perfect mana. Ada juga salah silap terutamanya semasa memberi kelas/latihan. Sometimes my mouth are much faster then my brain tu yang kekadang keluar perkataan yang tah apa-apa tu. But apa yang Akak cuba sampaikan adakalanya Akak rasa perlu diberi contoh dengan cara yang agak 'kasar' jadi mudah difahami. Dan Akak akan cuba memperbaiki segala kelemahan yang ada disana-sini.
InshaALLAH this year Akak berikan sesuatu yang terbaru memandangkan kini Akak bergadung tenaga dengan Pn Izah Radzi, seseorang yang tidak lokek dengan ilmu yang beliau ada khas untuk peserta kursus. There will be a new thing untuk semua yang berminat dengan dobi ataupun yang berminat untuk berniaga secara amnya).
InshaALLAH I will still be me. Cuba memberikan yang terbaik. Be as transparent as I can semasa kursus nanti.
![]() |
and more to come...InshaALLAH.... |
Updated: 12/03/2014
No comments:
Post a Comment