Minta maaf banyak-banyak agak sibuk kebelakangan ini dengan kerja-kerja office sebab tu kurang masa nak update blog ni. Inshaallah akak akan kembali mengupdate blog ni semula.
Tapi nak bercerita la jugak skit. since January aritu Akak agak buzy jugalah dengan kerja office. Biasalah awal tahun, nak kena tutup akaun last year. Dah tu pulak ada banyak proposal yang kena buat...ha tu yang Akak hilang tu. Anyway selepas berhempas pulas siapkan akaun bagai nak rak tu. Tambahulak dengan 4 ke 5 proposal yang 1,000,000 x kena betulkan. Satu hari datang office cocok pendrive dengan hati gembar sebab kerja dah siap tinggal nak print sahaja all the proposal. Buka 1 folder....file takde...?!. Cuba folder lain...file takde...?! Panggil budak yang terror IT 'adalah kak, jap saya bukak' 'eh indicator kata ada file, tapi semua folder kosong'. Bagus la sangat kan. auditor datang nak ambil file for audit 'kamu ambik ni pastu pandai-pandaila nak buat apa' pastu boss masuk mintak proposal 'file hilang, pendrive ke laptop kena virus am not sure'. terkedu bos akak.
Bila dah jadi macam ni baru teringat kat boss lama Akak (sape lagikan klau bukan si zulradzi tu kan) kejap kejap back-up file, kejap-kejap back-up file. NOW I KNOW NOW I KNOW.
Sekarang sudah ada 4 pendrive back-up dalam 4 4 pendrive so kalau 1 kena virus ada back-up. Kalau 1hilang ada 3 4 pendrive...Akak takkan royan lagi.
No comments:
Post a Comment