Akak masih ada, Akak masih wujud dan Alahamdulillah Akak masih lagi menganjurkan kursus praktikal dobi atas sokongan semua. Cuma kebelakangan ini saya agak sibuk sedikit dengan tuntutan kerja dan sedang cuma membahagikan waktu dengan business yang baru saya ceburi. Tapi tidak bermakna saya tidak aktif lagi sebagai tenaga pengajar dan penganjur kursus dobi. Masih aktif terutamanya di mukabuku Laila Mukhtar Mgmt. Dan saya masih lagi cuma menjawab soalan yang diajukan melalui email satu per satu mengikut turutan. Kepada yang masih belum mendapat balasan email dari saya harap bersabar.
Tarikh kursus untuk September - Disember 2013 telah ada dan akan saya update begitu juga tarikh kursus bagi Kota Kinabalu dan Johor. Tarikh bagi kursus di Terengganu terpaksa saya anjakkan pada tahun hadapan sebab ramai yang kata kurang sesuai untuk kepantai timur pada ahkir tahun atas faktor cuaca. Manakala kursus bagi utara dan Sarawak terpaksa dilupakan untuk sementera waktu kerana tidak mendapat kebenaran usahawan dobi bagi saya menggunakan premis mereka untuk kursus praktikal.
Apapun kursus di KL masih lagi dijalankan 2 kali sebulan (tarikh akan dikemaskini kelak) pada hari Sabtu terpilih manakala untuk kursus di Kota Kinabalu pada 12 Oktober 2012 dan di Johor pada 16 November 2013.
Kursus Dobi Praktikal Komprehensif tidak dijalankan sepanjang bulan Julai dan Ogos bagi menghorati bulan Ramadan dan Syawal.
Harap Maklum yea...
Tarikh Kemaskini: 22 May 2013
No comments:
Post a Comment