Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Petikan daripada Datuk Dr Maznah Hamid (The Iron Lady)

HARGA SEBUAH KEJAYAAN AMATLAH MAHAL. 
IANYA MEMERLUKAN 'PENGORBANAN' :
KERINGAT, AIR MATA, TENAGA, MASA DAN WANG RINGGIT! 

Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan. Tiada kekebalan Hati, keyakinan Diri dan
Kepintaran Emosi akan wujud pada dari seseorang , tanpa melalui ranjau2, Onak
dan Duri Kesakitan dan Kepayahan hidup.

Itulah Prinsip Kejayaan. Kekuatan dan Kecekalan yg. saya pegang selama ini.

Saya berharap Semoga Perkongsian pengalaman mengharungi detik2 kesusahan, keperitan Hidup, akan Memberi Inspirasi kepada anak2 muda dan sahabat2 FB semua utk. Sanggup , Sabar. Tabah dan Berani Menghadapi apa jua Cabaran. Halangan dan Pelbagai Dugaan di dlm. Meniti Kejayaan.Kebahagiaan . Kesenangan.

Tidak semua Usahawan yg. Berjaya utk. Mendapatkan Modal Permulaan dan Pusingan dari Bank atau Instituasi Kewangan.

Namun itu tidak bermakna dia tidak boleh memulakan impian dan matlamatknya melalui kesungguhan. Strategi dan Sikap 'Never Say Die Attitude' pengusaha itu Sendiri.

Itulah juga Sikap saya dan rakan2 yg. mana Telah Membawa Kejayaan Besar pada diri kami.

Tak kan pernah saya lupa pengorbanan pertama sebaik saja gagal mendapat
bantuan bank bagi memulakan perniagaan . Saya dan suami terpaksa berpindah ke rumah Setinggan , tanpa api dan air , keperluan asas. Penuh Kepayahan. Tetapi penuh semangat dan berazam utk menjayakan matlamat kami , tak kira lah dlm. Situasi apapun!

Rupa-rupanya di sebalik semua kesusahan yg. kami tempuhi itu. Secara tak
langsung telah merubah sifat, sikap, disiplin dan keupayaan 'Diri' kami ke arah
yang lebih berkesan. Membina kekentalan diri yg. tak akan dapat dipelajari di
mana2 Univesiti pun, kecuali di ' Univesity of Hard Knocks'.

Itulah Rahmat di sebalik Kesusahan yang Ditimpakan kepada diri Kita , Semata2 utk. Menguji diri kita dan Mengeluarkan Yang Terbaik dari Dalam Diri Kita.

Pesan saya Usahlah takut utk. Memulakan perniagaan maupun kerjaya
yang kita benar2 minati bermodalkan 'Diri' dan Kesungguhan kita walaupun terpaksa bergolok-gadai sedikit harta kita, secara Bijak. 'Daripada' meminjam Ribuan, jutaan Ringgit dari Bank semata2 utk. Memulakan Perniagaan Baru yang Belum Tentu Pasti Membawa Kejayaan dan Keuntungan Besar di Akhirnya!

Yang Pasti Kita tidak mahu menanggung Risiko hutang piutang dan tindakan Bangkrupsi hanya kerana percubaan Perniagaan Pertama kita!

Apakah pengorbanan yang sanggup anda Korbankan demi menjayakan Matlamat dan Impian Mu?!


BUKAN MUDAH UNTUK BERJAYA. SETIAP INSAN YANG BERJAYA PASTI ADA PENGALAMAN PERIT JERIH DALAM BUSINESS. INSHAALLAH INGAT ALLAH...ALLAH SENTIASA INGAT UMATNYA.





No comments:

Post a Comment