Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

What Goes Around Comes Around...

Kalau dalam hati terdetik nak berniaga suatu hari nanti. Jangan sekali-kali kutuk bos kita. We might act worst then them. Business dengan masa kita bekerja lain dan ianya sangat-sangat berbeza. You might think you can do it but for all you know RM0.50 perlu diambil kira, pekerja lambat 5 minit perlu diambil kira, pekerja dok bersms, berFB perlu ditegur. Can you do that? It's money talk here. Sebab tu Akak selalu ambil kira semua aspek semasa kursus. Membincangkan semua hal semasa kursus. It's for you to prepare  for the worst scenario that might come. Jangan cakap besar because I've been there and I've done that. Semua yang Akak cerita dalam ni dan semasa kursus (sebab ada topik-topik yang tak sesuai untuk dibincangkan secara umum) are base from my own experience sebagai business lady, sebagai a shoulder to cry on for some entrepreneur, sebagai seorang pekerja, sebagai seorang makcik kepada 4 adorable anak buah dan sebagai kawan kepada kawan-kawan. And as entrepreneur is a good experience for me to share. Yang mana jarang sekali orang bagitau perkara yang kurang enak untuk didengar. I want you guyz to be prepared.

Kalau ada sesiapa baca topik terdahulu mengenai kain tudung yang luntur dan perlu diganti RM500 sehelai. The same owner call and ask for my advise. Nak tutup kedai dobi di lokasi XX dan nak beri tumpuan kepada lokasi XY sebab lokasi XY lebih menguntungkan. The first question yang:

Akak: Nak tutup sebab XX tak menguntungkan atau dah meluat dengan pekerja yang bermasaalah?

Senyap

Caller: Saya dah tak boleh nak tengok muka pekerja tu. Kedai tu pun memang tak menguntungkan baru sekarang sales naik

Akak: Means bukan tak menguntungkan kalau sekarang baru sales naik sejak dimonitor dengan betul maksudnya the sales is there tetapi ada ketidak jujuran berlaku didalam kedai. You sendiri cakap pernah tangkap beberapa kali. Your pekerja pakai samsung note, ada samsung tab, boleh berFB and berSkype. Sorry if i make a bad judgement but there's something wrong with the staff not the business. That is why akaun and report tu penting.

Caller: Memang sayangkan lokasi XX sebab lokasi XX dah 3 tahun tapi tak de mood dah kat sana. Nak cari pekerja tak senang.

That is more or less my chitchat with the caller.

Jadi bos tak senang. Walaupun business dobi. Buat betul-betul. Treat you dobi business as a BUSINESS. Kita labur bukan sikit.

"Nak cari pekerja tak senang" memang tak senang tapi kalau dah dapat yang jujur pun it doesn't mean kita boleh lepas tangan. Things are very simple bila boss lepas tangan, pekerja naik tocang. Tak kira la business apa pun. Kalau kita yang bekerja sekarang ni pun, kalau boss tak tegur mau tea break kat office 24 kali sehari betul tak? (mu jangan nak kincin la kata tak. Paling kurang pun 4 5 kali break).

Bila benda-benda macam ni terjadi surely you become tired and paling teruk mentally exhausted. This mentally exhausted yang kita tak nak. Bila berniaga you need your brain to think but bila dah mentally exhausted it will be automatically breakdown.

Sebab tu Akak selalu tegur bila nak niaga (in this case dobi) bukan hanya perlu tau macam mana nak basuh itu, macam mana nak buat ini, macam mana nak kincin pelanggan (wakakaka). All that perlu tau asas sebab yang lain akan datang dengan sendirinya. But preparation in all aspect ada lah dan lagi penting. Duit dah labur tetiba nak mentally breakdown susah la kawan. Persiapan dalam semua aspek adalah penting dan itulah yang Akak akan tekankan dalam kursus. I don't want you guys do half way work. It's not right.

No comments:

Post a Comment