Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Saja Nak Bagitau


Pick-up Delivery Service
Ada dikalangan usahawan yang ingin mempelbagaikan servis yang diberikan telah memberi khidmat pick-up delivery kepada pelangaan. Antara caj yang dikenakan adalah RM3-RM5. Adakah ianya berbaloi dengan titikpeluh yang digunakan untuk ke tempat pelangaan? Adakah ianya berbaloi dengan minyak (petrol ataupun diesel) yang digunakan?.

Oleh yang demikian usahawan harus mengetahui cara atau kaedah yang betul jika ingin membuat khidmat pick-up delivery atau apa sahaja promosi bagi menarik pelanggan datang ke kedai. Setiap apa yang kita berikan, caj perkhidmatan haruslah setimpal dengan servis yang diberikan. Tidak hanya memberi tanpa memikirkan kos terlibat dengan betul. Biarpun perbelanjaan untuk duit minyak tidak diambilkira sepenuhnya tetapi perlu dingatkan apabila kita berniaga setiap sen mampu mengubah aliran keluar masuk duit syarikat bagi jangksamasa panjang. Disini AKAUN memainkan peranan penting.

Dobi Komersial.
Salah satu cabang pemasaran bagi dobi runcit ialah dengan mendapatkan tender basuhan bagi hotel yang bertaraf 2 ke 3 bintang memandangkan jumlah basuhan yang diberikan seperti cadar, sarung bantal, selimut, tuala dan lain-lain tidak besar jumlahnya. Kesilapan yang sering dilakukan oleh segelintir usahawan tidak memahami akan kehendak bagi dobi komersial.

Mengunakan mesin domestik bagi basuhan komersial.
Kebiasaannyadobi komersial beroperasi untuk tempoh yang lama bagi memenuhi kehendak hotel. Penggunaan mesin domestik kurang bersesuaian bagi menampung kapasiti basuhan dan tidak mampu menampung penggunaan penggunaan.

Terma pembayaran.
Kebiasaannya terma pembayaran adalah 30 hari. Adakalanya melebihi tempoh 30 hari. Disini usahawan harus mempunyai ‘back-up’ fund bagi pembelian bahan habis guna.

Caj basuhan.
Tidak seperti dobi runcit dimana caj basuhan bagi cucian biasa dicaj mengikut kilo yang dihantar. Tetapi bagi dobi komersial caj basuhan dikira mengikut helaian dan harga bermula dari RM0.30 sehelai. Disini pemilihan mesin dan peralatan (kapasiti mesin) yang betul adalah penting.

Lain-lain maklumat akan diberikan semasa hari kursus.

TIDAK ADA PERNIAGAAN YANG DIRANCANG DAN DIJALANKAN DENGAN BETUL AKAN GAGAL MELAINKAN TIDAK MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL.

No comments:

Post a Comment