There's a few request yang minta Akak adakan lawatan sosial ke tempat mereka (by peserta kursus) nak minta pandangan Akak how tom improve their business. Masaalah besar yang Akak ada sebenarnya ialah AKAK PENAT. Bukan penat nak bersosial. Tapi penat selalu sesat jalan. Yea memang Akak orang KL. Dilahirkan dan dibesarkan di KL. Tapi aritu dari MRR2 (simpang Melawati) nak ke NSK kat Wangsa Maju yang baru bukak tu it takes my like 1 hr 45 min nk sampai. Salah masuk lubang la. Keluar-keluar kat kawasan kilang, masuk lubang lain, keluar-keluar kat entah kondo ke apartment mana tak. Ko boleh? Minyak dari penuh susut 2 bar terus. Penat tau sesat ni.
1 of my friend suggest pakai gps. Akak cakap la the only thing yang gps tu tak boleh cakap 1 je "Mangkok, kalau dah tak tau jalan jangan bawak laju boleh tak?. Susah Mak nak kasi arahan la". Lambat naa kasi arahannye, ngantuk-ngantuk bawak kereta.
Lagi sorang member siap pesan bawak passport. Mana tau drive-drive tetiba keluar kat China. Hampeh betul.
I still remeber last 2 years kot. Nak surprise kan sorang peserta ni. Pi la kedai dia kat Shah Alam yang atas-atas tu. Yang kena lalu UiTM. Jelutong ke ape ke tempat dia.. Sebelom tu pernah pi sekali but masa tu ikut kereta dia dr belakang. So sampai satu tempat tetiba blank sebab jalan yang Akak lalu macam tak pernah Akak lalu masa 1st time pi. Carik polis tak jumpe (kawasan baru kan). Nak tanye orang, takde sape. So dok termasuk la Guthrie Highway tu pada hal masa pi dengan dia dulu tak lalu pun highway. Masuk highway je dekat 3 4 kali. Selepas 2 jam berpusing Akak ambik highway Guthrie keluar balik entah mana-mana, masuk NKVE terus balik rumah. Sekian.
Jadi bukan lah niat saya untuk tidak bersosial. Kalau kata bersosial kat mana-mana shopping mall. Yang tu dalam poket beb.
*Tapi lepas ni inshaALLAH Akak akan cuba. Paling koman pun carik balai polis mintak lukis peta.
*Tapi lepas ni inshaALLAH Akak akan cuba. Paling koman pun carik balai polis mintak lukis peta.
No comments:
Post a Comment