Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Fahamkan Message Ini....

Line Celcom penuh yang dirumah Akak. Cer tengok coverage bar tu

Akak tepek gambo ni bukan untuk suka-suka. Fahamkan. Business bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan atau dipandang secara sambilan. What ever it is there's money involve in this. Memang kita plan kecil-kecilan. Plan RM50,000 punya business. Tapi kalau tidak dijalankan dengan betul kita asyik top-up duit je. Tanpa kita sedari dari RM50,000 diternak menjadi RM100,000. Ke RM150,000. Pastu menyesal dan sedih dan rasa nak hantuk kepala kat rumput pun ada.

Sebab tu pesanan dari pihak penaja fahamkan betul-betul business apa yang ingin dijalankan, sertai kursus (tengah promote ni!), make some research dan yang penting make sure business tu sesuatu yang kita suka dan kita ada kemahiran sedikit. Kemahiran ni penting. Bila ada kemahiran walaupun asas takkan depends dengan orang lain sangat. Fizikal & mental perlu jaga sebab dunia perniagaan ni bukan semudah yang disangka. Apapun pastikan bila kita nak berniaga business yang kita pilih is something that we LOVE AND ENJOY to do. Inshaallah things will go smooth. Modal pun kena cukup la kalau tak citer banyak pun tak guna dik....


Tapi kalau nak merasa menangis 18 baldi, toilet roll 24 carton buat la. Akak setakat nangis belakang pintu dah juara dah...

No comments:

Post a Comment