2 kedai dobi yang hendak ditutup mengambil keputusan untuk meneruskan operasi mereka.
This is why Akak always said U MUST HAVE AT LEAST 1 STAFF. Mengapa perlunya staff
1. It's a commitment untuk kita berusaha lebih keras kerana kita tau ada benda yang perlu dibayar selain daripada sewa dan utilities,
2. Yang pastinya tanpa staff kita akan selalu breakdown. Why? Kita dah keluar duit, kita perlu fikirkan pasal modal yang dah keluar, kita yang perlu berhadapan dengan pelanggan, kita yang perlu mengadap kain baju yang semakin lama semakin banyak. You need a staff to delegate some of this scope of work to them. Kita tak boleh nak handle semua. Lebih-lebih lagi dobi yang mana iainya memerlukan tahap fizikal yang tinggi. Macam mana kita nak focus on pemasaran atau keluar untuk buat marketing kalau kita juga yang nak kene handle pelanggan?
3. Yang mana biasa bekerja akan biasa dah pegang duit ditangan, tapi bila berniaga untuk beberapa bulan pertama agak susah untuk dapat duit nak beli beg bonia. You become stress sebab bila pertama dan untuk beberapa bulan selepasnya duit agak kureng. Lepas tu mengadap pula kain baju yang nak dibasuh. Masa tu la rasa stress dan rasa tak berbaloi buka kedai dobi. My advise to you is REZEKI SENTIASA ADA CUMA PUTUS ASA. Itu adalah standard bila kita berniaga. Jadi for me bila ada pekerja you have time for yourself. Rasa macam penat or stree, lari keluar dari kedai sekeja to relak. Benda-benda macam ni kalau kita fikir dan memikir secara keterlaluan kita will breakdown. Take things easy honey. Rezeki akan datang...inshaallah. Tuhan maha adil dan sentiasa melihat. Akak percara keran akak sendiri dah merasai dan melalui semua nya.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerja office, tiba-tiba nak buka kedai dobi. It's different yea. Dobi penat.
Dan bila ada staff kita perlu hati-hati. Bukan lepas tangan 100% kepada pekerja. TEGAS perlu dan penting, if not pekerja akan buat kedai dobi seperti kedai mereka. So fikir-fikirkan lah...
No comments:
Post a Comment