Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Banyak yang tutup...

Akak kedai dobi yang dah tutup kebelakangan ini. Diatas beberapa sebab yang memang akak dah tau and jangkakan. Partnership problem, susah nak cari pekerja, modal dah tak de nak roll dan macam-macam lagi.

As I always said takde perniagaan yang rugi if we set our mind into it. If not your a plan to fail si jangan salah kan orang (peringatan untuk diri sendiri juga). Kalau kata nak mulakan sesuatu perniagaan make sure kita buat research dulu, hadir kursus untuk dapatkan maklumat yang betul. Bukan main campak duit dalam business lepas tu mengeluh. Tapi tak bermakna lepas ambil kursus tu tak mengeluh. Tetap akan mengeluh kalau letak dan gam kan punggung tu kat kedai tanpa keluar buat marketing. Business ni perlu ada usaha. Jangan harap orang datang kat kedai saje. Memang pelanggan akan datang kedai, kalau tetiba ada 1 lagi kedai dobi naik kat kedai kita? Pelanggan beralih arah macam mana?. That is why you need marketing. Plan the business well and understand it very well.

Akak selalu cakap kat blog ni tugas akak memberitahu, bercerita apa yang akak tau berdasarkan pengalaman yang akak ada tapi keputusan masih ditangan bakl usahawan sendiri. I did mention yang perlunya ada sekurang-kurangnye seorang pekerja. Selain daripada membantu kita dobi pekerja adalah commitment kita yang mana perlu kita bayar gajinya setiap bulan. But most take it as sebagai bebanan untuk membayar gaji pekerja. Kalau kata takde pekerja macam mana kita nak keluar untuk marketing. Ada pula yang jawab 'nak buat sambilan je kak sebab malas nak kerja dengan rang dah'. Betul boleh buat secara sambilan kalau kita rasa dobi ni untuk sambilan sahaja. But pikir bila kita kerja gaji kita sekian sekian sekian. Bila ada business sendiri kita dapat sekian sekian sekian. Lepas tolak sewa, duit api dan air dan lain-lain adalah baki nya sekian sekian sekian untuk perbelanjaan kita dan simpan sedikit untuk beli barang-barang dobi nanti. Selepas setahun harga barang semakin naik. Am not talking mengenai barang-barang dobi but barangan keperluan harian. Adakah balance yang sekian sekian sekian setahun lepas boleh menampung perbelanjaan kita yang semakin meningkat?. Business is something yang mana salesnya perlu naik setiap bulan (inshaallah jika tidak putus asa).

Apa pula yang kata rasa tertipu dengan dobi. In what sense rasa tertipu? You give me a reason tengok akak boleh bidas balik tak. 100 kali akak dok repeat do your research...do your research...datang kursus....datang kursus....pahamkan...pahamkan...modal kena cukup dan jangkaan betul...modal kena cukup dan jangkaan betul...marketing....marketing....marketing. Berapa rasanya yang faham apa yang sedang cuba saya sampaikan? Segelintir sahaja. It's very sad. Very very sad. Last couple of month akak setup 1 laundry own by Iranian. Modal mereka tak le besar mana pun but Alhamdulillah bulan pertama buka sales cecah RM7++ dan untuk bulan ke-2 dan ke-3 mereka boleh dapat RM1+++. Which is good bagi yang baru mula.

Dah 4 5 orang akak jumpa orang yang kusut hidupnya pasal business. Yang paling teruk this 1 guy. Dah pencen. Memang nampak kusut mukanya. It shows on his face. Lost almost RM400k untuk business yang dia takde pengalaman langsung. Yang bukan dalam bidang dia masa bekerja dulu. When akak ask him why and how? He can't tell and akak can't ask sebab mata dia dah berair. Akak part tu memang tak boleh la kan. Tak tau la siapa yang teruk nangis kang.

Kalau batul kata dobi ni tak bagus. See this picture....

Kedai dobi kat rumah akak. Baca citer-citer sebelumnya akan tau la kedai dobi apa ni. Nampak berapa banyak bundle kain depan kedai tu? Nampak kedai sebelah yang ada papan putih tu? Tu tengah renovate untuk kedai dobi tu. Kedai yang dah ada sekarang dah tak boleh nak menampung banyaknya barang dia. Owner nak tapau kedai seblah lagi but landlord tak sampai hati nak suruh cc tu pindah. Dan jumlah kedai dobi tu dah ambil sekarang 4 unit kedai. Rugi ke? Owner ni tengok business ni secara sambilan ke? Owner is a lawyer ok (rasanya sebab the wife pernah keluar tv sekali sebab tu akak tau dia lawyer. Hubby tak tau la pulak keja ape). Yang masih lagi bekerja.

Mereka terus bukak gah macam tu ke? No. Masa mula-mula baru buka (3 tahun lepas. Now 3 years plus, almost 4 year) mereka buka 1 unit. Staff masa tu 2 orang bangla yang tingtong sebab x faham melayu or english. But now makin berkembang. Staff pun kerja sampai 12 -1 pg baru tutup.

Tanya hati apa yang kita mahu. Nak kecil-kecilan? Nak duduk dalam comfort zone sampai bile-bile? This is not apply only on dobi tapi untuk semua jenis business. Terdetik hati untuk berniaga, pergi la buat apa yang patut jangan main terjah saja. We are not Melodi (TV3) honey yang main terjah-terjah.

TIDAK ADA PERNIAGAAN YANG RUGI MELAINKAN YANG TIDAK MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK RUGI

Wallahuallam....

No comments:

Post a Comment