Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Antara Masaalah Besar Kedai Dobi

Carpet and comforter adalah 2 barangan yang jarang diambil semula oleh pelanggan. Well kalau Akak pun, Akak akn buat benda yang sama kot. Why?...

1) Bila kita nak keep up with trend kita KENA BELI lastest design. So carpet yang lama boleh buang la kan. Nak buang kat mana?? Xleh buang sesuka hati jadi kedai dobi menjadi pilihan terbaek.

2) Harga basuh carpet boleh mencecah RM80 - RM120 hengget. Ambik duit RM80 - RM120 tu bawak p Jalan Tuanku Abdul Rahman boleh dapat carpet yang baru. Still can keep-up with the latest design.

3) Kat rumah ada 1 carpet yang sedang pakai, kat kedai dobi ada 1 carpet yang telah dibasuh. Raya tahun ni gulung carpet yang ada dirumah untuk dihantar ke kedai dobi. Ambil yang di kedai dobi untuk digunakan masa raya. Si jimat ruang rumah. Rumah takde stor maa jadi kedai dobi adalah STOR.

No 3 boleh digunakan untuk comforter juga. Rumah kecik, takde ruang nak simpan. So jadikanlah kedai dobi yang berdekatan sebagai STOR ANDA.

CARA BAGUS NAK SELESAIKAN NI....(AKAK RASA LA KAN)
1) Kalau orang hantar carpet, ambil deposit. Deposit bergantung pada jenis dan besar carpet (agak-agak je la. Jang la pulak di tebarnya carpet tu sebesar-besar ruang). Why? Selalu kalau orang hantar arpet, kita sub ke kontrator yang cuci carpet. Selepas carpet dicuci kita perlu membayar kontraktor tersebut. Bila ambil deposit at least kita tak rugi jika pelanggan tak datang ambil.

2) Carpet selepas 6 bulan - setahun yang tak diambil, harusla disedekahkan kepada badan-badan kebajikan atau buat jual amal kat mana-mana. Kalau simpan buat perabih ruang kedai je.


Sekian. terima kasih.

*Usahawan dobi jangan baling Akak dengan batu sebab bagi idea ni kat pelanggan....sian umah kita orang kecik. TAK DE STOR

No comments:

Post a Comment