Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Asas Penting...

Boleh dikatakan hampir kebanyakkan usahawan dobi kurang menitik beratnya asas penubuhan sebuah perniagaan. Hampir kebanyakkan terlalu mementingkan aspek operasi harian perniagaan dobi. Ramai yang berpendapat bahawa perniagaan dobi ini akan diusahakan secara sendirian. Some fail to understand that perniagaan dobi ni mula-mula memang kita boleh jalankan secara sendirian tetapi jika sales mula meningkat...U NEED STAFF.  Dan apabila kita mempunyai pekerja, sebagai usahawan/tokey/boss kita perlu tahu beberapa perkara penting bagi melindungi diri kita sebagai syarikat dan juga pekerja (which I bet tak ramai yang memberi perhatian).

Dibawah ini adalah apa yang tengah saya usahakan bagi peserta kursus dobi anjuran saya. Saya meringkaskan beberapa akta penting yang perlu diketahui oleh setiap usahawan/tokey/boss. This is very important. Inshaallah saya akan mula beri kepada peserta kursus bagi kursus di Johor pada bulan March ini.

Akak tepek satu je lah but it will be a few pages

Sebelum-sebelum ni saya selalu jerit dengan orang kalau tak de RMXX,XXX (bergantung kepada jenis perkhidmatan yang ingin ditawarkan) jangan buka kedai dooooobi. Susah kalau nak berniaga kalau modal kurang. Ada pulak yang jawab "MACAM CIK LAILA BAGUS SANGAT, CIK LAILA PUN BUKAN ADA KEDAI DOBI" (those days orang cakap macam ni dekat saya. Tersentap mak dengar). Sekarang kalau orang call cakap "Akak, saya ada RM20,000 saya nak buka dobi". Saya akan jawab "Bagi email, akak emailkan senarai perkara asas yang perlu tahu siap dengan anggaran kos untuk kamu nilai sendiri"...

Senarai akan dikemaskini mengikut kehendak semasa
Tak kurang bila saya jerit...AKAUN...AKAUN....REPORT....REPORT. Memang tidak dinafikan sekrang ni terdapat beberapa sistem (POS system) bagi memudahkan usahawan. Sebagai contoh ada beberapa peserta kursus saya yang menggunakannya. They explain to me pakai sistem senang. Daily closing kita tahu berapa sales kita untuk hari tersebut. Bila buat monthly closing kita tahu berapa ribu kita buat untuk bulan tersebut. Sebagai contoh untuk January kita tahu yang kita buat RM6,000 (contoh) sales. Memang betul but....macam mana kita nak tahu yang sampai satu masa yang jumlah RM6,000 masuk dalam akaun bank syarikat?..

Ni budak SPM punya akaun je...

This is a few thing yang boleh diguna pakai kelak.

Dan yang menyebabkan kursus anjuran saya selalu habis lambat...aaaaaa sebab kat bawah ni lah... sessi perbincangan dan solan jawab.





Ni baru sessi perbincangan, belum lagi masuk bab folder yang akan diberikan kepada setiap peserta. Yang tu tambah lagi 8 jam untuk bercakap...wakakakak

Like I always said nak berniaga tak semudah yang disangka. Nak jadi usahawan tak semudah yang disangka. Banyak perkara perlu diambilkira. You pay me certain amount but what I give is more than what you pay me.

Ramai yang datang kursus saya mengaku that they have zero knowledge about dobi. But inshaallah all the notes plus the practical training boleh membuka minda bakal usahawan sekurang-kurangnya 70%. Lagi 30% tu kena usaha sendiri dengan knowledge yang telah diberikan.

Dan Alhamdullillah akhir tahun lepas boleh dikatakan ramai juga usahawan baru dan lama (ada yang telah menjalankan perniagaan dobi lebih daripada 12 tahun) menghadiri kursus anjuran saya dengan alasan ingin menambah pengetahuan, mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada cuma tak tau macam mana dan yang ingin memperbaiki hal-ehwal pentadbiran syarikat kerana ramai sedar bahawa perniagaan dobi ini mampu pergi jauh sekiranya dijalankan dengan betul. Inshaallah we will try to help/guide you in this....INSHAALLAH.

Salam.

*Sorry for some typo. Dah nak pukul 3 pagi. Pinar mata dah nie....

No comments:

Post a Comment