Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Akak Kena Marah?!!....Kelezzz

Baru-baru ni akak dapat sms from usahawan dobi yang berada di selatan tanah air. Bertanya jika akak boleh tolong bagi business kat dia. Dah hampir 2 tahun dia buka tapi masih lagi top-up modal. As usual akak tanya beberapa soalan yang akak rasa akak perlu tahu dan dari situ baru akak boleh bagi beberapa idea. 1st akak akan tanya berapa average sales sebulan dan he said tak sampai RM1000 sebulan. Takkan lah x capai RM1000 sebulan kot?. But that's ok. Dan disebabkan malas nak taip akak call dia. Lepas tu akak tanya mesin apa yang dia ada. Suaranya sudah berubah macam tak berapa suka. Akak faham jadi akak diam je. Macam yang akak pernah cakap sebelum nie bila business tidak berjalan seperti yang diharapkan you senang nak marah. Dia bagitau mesin apa yang dia ada, dan akak memberi pendapat bahawa mesin yang sedia ada tidak cukup untuk dia buat marketing melainkan kena tambah mesin dulu (cakap cara baik ni). Tiba-tiba....

'AKU BUKAN NAK DENGAR KAU BERSYARAH. AKU NAK KAU BAGI BUSINESS KAT AKU. NILAH ORANG MELAYU. BODOH TAK NAK TOLONG ORANG MELAYU'....ko mampu orang marah tetiba lepas tu letak tipon??.


Nasib baik akak takde mood nak call or sms dia balik. Kalau tidak mukadimah akak akan dimulakan dengan...'OI...!.....' kan...

Selalu bila orang call and minta pandangan or idea saya akan bertanya mengenai mesin yang sediaada. Dari sini baru saya boleh beri beberapa pandangan mengenai pemasaran. Kalau saya beri idea dan usahawan takde mesin yang betul dan mencukupi juga susah. Pesaing makin banyak, imej perlu jaga. Kalau kita slack dalam business, senang pelanggan lari ke tempat lain sebab saingan lain ada. 

No comments:

Post a Comment