Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Dwi Bahasa

Mari...mari...mari....One singgit...One singgit...
Akak rasalah kan sudah sampai masa untuk usahawan-usahawan kecil tak kira la dobi ke jual keropok ke, jual make up ke menggunaakan dwi bahasa dalam label produk mereka.

Sekarang ni ramai pelancong luar datang bercuti ke negara kita. Terlalu ramai. Kebanyakkan mereka ni suka mencuba produk tempatan tetapi kurang mendapat penjelasan yang betul mengenai produk yang dijual.

Akak tau ramai yang akan cakap "tak tau macam mana nak tulis dalam english". Tak susah sebenarnya. Kalau yang berkemampuan hantar ke Dewan Bahasa & Pustaka untuk diterjemahkan. Yang tak berkemampuan guna je google translator macam Akak...wakakaka. Bila benda tu dah di translate baca kalau rasa sedap bunyiknya ok la tu kan. Janji orang paham.

Bukan apa semalam (Sabtu) Akak bawak a few foreigner friend pi Melaka jalan-jalan. Akak memang suka bawak foreign friend pi tempat-tempat macam Melaka. One of the reason sebab Akak sendiri suka dengan hasil kraftangan tempatan ni. And I like to show it to foreigner tentang produk kita esp makanan. Tapi masaalahnya tiap kali nak kasi makan kena explain apa kebendanya tu. Sekali dua ok lah. Bila dah banyak kali..."IT'S NOT POISON. YOU CAN EAT THAT".  Penat tau. Lagi kalau pasal kuih binga ke, ketayap ke macam mano den nak explain tu. Tapi yang pasti kalau pi Melaka hampir kesemua kawan-kawan Akak suka DODOL.

No comments:

Post a Comment