Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

It's Not Goin To Be easy....

Tak banyak benda yang Akak nak cerita hari ni. Otak tengah jam gara-gara audit. Koser la kekadang auditor ni!.

Semalam di lewat malam Akak dapat call (seriously Akak tak berapa ingat dengan perserta ni. Minta ya ampun la banyak-banyak). Dia datang kursus saya pada 2008. Buka kedai 2010. Dan last month baru dapat kontrak untuk basuh linen bagi 4 restaurant di Lembah Klang. She mentioned nama restaurant and Akak tahu it's not easy to get to that company untuk dapatkan kontrak.

What am trying to tell you guys here, marketing untuk dobi kalau kita kaji betul-betul is big. Besar cabang pemasaranya so be creative and jangan takut atau malu untuk keluar buat marketing. Bukannya idung takde lubang pun. Nak malu apa kan?. Kalau lubang idung ada satu pun bukan orang kisah pun. Paling banyak dia gelak, lepas tu kalau korang bukak mulut and pandai menjual sure dorang ternganga punya. So apa kisah yea tak?

Jadi yang mana rasa business tak berapa bagus, itu adalah lumrah untuk tahun pertama. Bila kita ada kapasiti mesin yang betul senang nak bekerja. Sebab tu Akak cakap buat investment untuk mesin dan bila dah mula berniaga terus keluar buat marketing sebab mesin dah cukup. Jadi jangan mudah mengalah. Kalau rasa dah tak boleh nak handle masaalah. Try take one step back. Relak and fikirkan balik sebab kalau kita gusar we can't think properly. So buat betul-betul balik. Dan tidak kira apa business yang kita buat pun....




No comments:

Post a Comment