Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Consultant Is Not Easy

Ramai yang beranggapan menjadi konsultan atau memberi khidmat nasihat adalah perkara yang mudah. Bukan nak mendabik dada mengatakan yang saya ni bagus. Saya tidak akan mengulang macam mana terjadinya saya konsultan bagi industri dobi. Dalam blog SembangDobi dah berulang kali saya ceritakan.

Memang tidak dinafikan sekarang ini terdapat banyaknya syarikat yang menawarkan khidmat konsultan bagi perniagaan dobi. When I few the profile boleh dikatakan mereka baru menubuhkan perniagaan dobi dalam tempoh kurang setahun dan menawarkan khidmat nasihat kepada usahawan baru.

To be a consultant bukan perkara yang mudah. You have to guide this new entrepreneur in all aspect. Bukan hanya nak beli mesin apa, bukan hanya nak basuh baju macam mana. But ALL ASPECT. Last year there's 1 consultant chat with me meluahkan rasa risau mengenai business dobi beliau. When I ask her about her average sales and what kind of marketing and promotion strategies yang dia buat. She just told me a basic marketing plan. Bila saya beritahu apa yang boleh dibuat she was shock "Boleh ke Cik Laila macam tu?".  Well saya tak tahu boleh atau tidak tapi ada peserta kursus saya yang dapat kontrak dengan stesen TV so saya rasa boleh la macam tu. Dan ada diantara konsultan baru ini sendiri tutup kedai. How? Why? . Boleh dikatakan hampir kebanyakkan usahawan baru diperingkat permulaan hanya pentingkan operasi harian perniagaan dobi tanpa memikirkan cara pemasaran. Kalau asyik memikirkan daily operation stuff tapi takde orang hantar baju sebab tak buat marketing pun masaalah juga. Macam mana nak praktik apa yang kita tahu.

I still remember this 1 chinese lady yang baru buka kedai dobi. Beritahu saya yang kedai dah dibuka selama hampir 8 bulan dan sales masih lagi dalam lingkungan RM800 - RM1000 sebulan. Bila saya share some idea about marketing strategy she said "Susah Cik Laila". I ask her back "Why?". Dia beritahu mesin yang dia ada di kedai. The only advice saya beri tambah mesin yang perlu or you will be at that stage like for years. Sales tidak akan berubah kerana kurangnya mesin untuk buat promotion. Even for small promotion. Saya tak boleh nak bantu jika mesin yang ada tidak menepati kapasiti untuk membuat promosi kerana apa? Jika buat promosi tetapi tak boleh nak deliver pun akan jadi cerita sebaliknya pula. Dan hampir kebanyakkan yang mengalami masaalah dan bertanya kepada saya, 1st I will always ask about marketing. And surprisingly all this marketing plan just a basic marketing. Be creative. Pesaingan semakin banyak kita tidak boleh berada ditakuk yang sama sampai bila-bila. Pesaing yang baru semakin lama semakin maju takkan kita nak berada ditahap yang sama?. Permintaan sentiasa ada bagi dobi.

Being a consultant bagi laundry industri kita tidak hanya memberi penerangan mengenai operasi hari. Bagi saya operation diberitahu dan selebihnya akan didapati daripada pengalaman along the way kita dah start operasi. Lain-lain aspect juga penting.

Lagi satu mudah putus asa. Saya dah jatuh bangun dalam business ni dah nak muntah ijau dah. Just dont give-up.

Lagi satu saya nak pesan kerana benda ini terjadi sekarang. Boss perlu tahu banyak perkara. And boss cannot be buyers. Hanya dengar cerita sebelah pihak. Terlalu percaya seorang pekerja tanpa mengambil tahu perkata tersebut betul ataupun tidak. Saya ada menyentuh serba sedikit berkaitan human resourse, pentadbiran am dan perakaunan semasa hari kursus. Yang saya rasa perlu diberitahu but the rest you can read in a books. Human resource ada bukunya. Buku akta kerana hampir kesemua perkara yang bersangkutan dengan perniagaan adalah tertakluk kepada akta yang telah dibuat oleh pihak kementerian mahupun kerajaan. Saya buku HR ada 3 sebab nak berkongsi dengan peserta.

It's not easy but I like it sebab dalam masa yang sama saya sendiri akan mendapat ilmu dari apa yang saya baca, saya sendiri akan memotivatekan diri saya bila beri mativation talk kepada peserta. I happy.

Untuk renungan bersama.

No comments:

Post a Comment