Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Whatever

Kalau sesiapa baca blog akak sure ada yang perasan tentang pelaburan yang akak dah lakukan untuk kedai dobi bawah rumah akak ni. Dalam sebulan adalah RM300 akak laburkan. Kawan-kawan yang tahu akak hantar baju ke dobi kata PEMALAS. Bukan sekali tapi berkali-kali.

 Akak pun marah betul ni bila orang panggil pemalas...

Marah punya pasal orang kata Akak pemalas. Akak pasang semangat baru...BASUH BAJU SENDIRI. Minggu pertama basuh baju sendiri. Minggu ke-2 basuh baju sendiri. Tapi tiap kali basuh, ada lagi yang tak basuh. Minggu ke-3 basuh dan gosok sendiri. Minggu ke-4 tengok baju yang belum basuh. Masuk bulan baru...makin tinggi baju yang tak basuh. Pagi tadi dah masukkan baju dalam plastik sampah hitam...2 beg!. Anto dobi...sekian.

So sekarang ni kalau orang kata akak pemalas basuh dan gosok baju sendiri...Akak akan jawab....


Bukan malas....MASA TIDAK MENYEBELAHI AKAK...termasuk la juga malas nak basuh, kering, lipat dan gosok sendiri...ghegheghe...

No comments:

Post a Comment