Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Marketing Itu Wajib...

Ini adalah perkara yang selalu saya sentuh...MARKETING. But selalu juga dipandang ringan oleh kebanyakkan usahawan dobi.  Percaya atau tidak, saya ada pergi ke beberapa buah kedai dobi semasa bulan puasa dan boleh dikatakan hampir kesemua tidak membuat apa-apa pemasaran. OK mungkin bulan puasa orang tidak pandang ringan sebab dah sedia maklum sales akan naik sebab ramai pelanggan akan hantar barang untuk dibasuh. But apa jadi selepas musim raya? Ramai yang kurang memberi penekanan mengenai perkara ini...renung-renungkan lah.

Apa-apa pun akak tabik dengan kedai dobi bawah rumah akak. Walaupun dah maju tetapi marketing chantekz yea adik-adik. Berapa ramai usahawan diluar yang membuat promosi semasa ulang tahun?. Let me tell you pasal no yang akak tulis dalam gambar ni. Tahun pertama kedai mula di no 1. Kurang dalam tempoh setahun dia buka kedai no 2. Dan tak silap tahun ni ke tahun lepas dia buka pula kedai no 3. Dan Akak tak terkejut kalai kedai-kedai sebelah nak tutup di tapaunya kedai-kedai tu sebab pakaian kat kedai ni memang banyak....terlalu banyak but SERVICE TIP-TOP!!. Staff dia kalau datang tak pernah tak senyum SMILE ALL THE TIME and very friendly. Jadi Akak tak faham kalau orang kata business dobi nie merugikan. Akak rasa kalau dijalankan dengan betul dan mempunyai kapasiti mesin yang cukup semua boleh jadi. Mesin kat kedai ni pun...mu makan hati la kalau tengok. Jadi sekarang...tepuk dada tanya sendiri la...

No comments:

Post a Comment