Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Akak Suka...(perasan jap)

Ni kisah sebelum raya. Tapi sebab mood menaip tarak so Akak ceritakan sekarang bila mood tengah meroket tinggi ni. I think 2 minggu sebelum raya Akak pegi Melaka hantar mesin kat peserta kursus Akak. Janganlah ada yang kecil hati sebab minah ni beli mesin Akak hantar, orang lain beli mesin  Akak tak hantar. Dia beli iron board aje boleh la masuk dalam ferrari.  Kalau masukkan washer mau terjungkit ferrari Akak all the way pulak. 

So Akak pegi la Melaka. Sampai-sampai cari kedai Akak nampak banner yang digantung depan kedai (kedai dia betul-betul mengadap Melaka Sentral. Very good location). Akak parking betul-betul depan kedai dia. Lepas parking Akak baca la banner nak tengok apa promosi yang dia buat. Akak terus....'Ya Allah ko kenapa macam ni?'

Gini ghupa Akak kalau boleh...

Dia sengih-sengih...'Ala banner I tak siap lagi'.  Akak pun mula la 'Kan! Penat tekak dok bercakap masa kursus, sampai hilang-hilang suara...ini hasilnya. Haishh'. Tau apa banner yang digantungnya??. Banner pasal kursus dobi kat tempat yang dia ambil sebelum dia ambil kursus dengan Akak. Boleh! Haishh....

Tapi dalam masa yang sama Akak tanya la juga 'You dah ambil kursus kat sini, kenapa datang kursus I lagi?'.  'I dah bertahun berniaga, bila I pergi kursus ni, I tanya banyak benda dan dorang tak boleh jawab. I tak puas hati. I baca your blog and join yours. Banyak benda yang I tanya dulu yang dorang tak boleh jawab, you jawab sebelum I tanya'...hihihi...

Nilah rupa Akak bila dengar dia kata macam tu...ahakss

Tapi dalam hati....

Gini kalau boleh...

Apapun Akak mengaku saya tidak la sebagus mana pun.  Masa kursus...yes sebab saya suka dengan apa yang saya buat...I really loveeeeee with what am doing. But lepas kursus tu macam hampeh gak. I hardly follow-up dengan peserta atau pun dengan client yang beli mesin dengan saya. Akak rasa Akak kena buang jauh-jauh 1 sifat yang boleh memudaratkan perniagaan ni. Sifat dimana takut apa orang kata. Kalau dengan peserta Akak jarang call sebab takut nanti orang cakap 'Ha, Cik Laila call ni sebab nak suruh beli mesin la ni'. Kalau client yang beli mesin 'Ha, Cik Laila call ni nak suruh tambah mesin la ni'. Akak betul-betul tak suka benda-benda nie. Dia yang terjadinya macam ni kenapa tau...sebab selalu kalau dapat call yang tah apa-apa itu la yang selalu Akak ko cakap 'Ha, ni citibank ni nak paksa orang ambil credit card la ni kan...koser nak layan'. So terbawa-bawa la perangai tu...Hampeh betul.

No comments:

Post a Comment