Disini Akak nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat islam (kan! dah masuk minggu ke-3 baru nak ucapla).
Kepada usahawan-usahawan dobi, ini adalah waktu terbaik dan tersibuk bagi mereka kerana masa ini la ramai yang akan menghantar barangan yang hendak dicuci. Ada yang Akak dengar macam nak meroyan sebab iron rosak lah, mesin basuh dah rosak lah dan yang terbaeeek punya mengadu sebab sepanjang mula puasa tidak berkesempatan berbuka bersama keluarga dan ada yang berada dikedai hingga lewat malam.
Memang itu la pengalaman yang Akak tempohi bila bekerja dengan Dr Clean, Kota Damansara dulu. Sampaikan dah 2 3 hari nak raya masih lagi ada pelanggan hantar baju raya nak basuh. Dok kata tak boleh...tak boleh. Perempuankan sekeras mana pun dalam hati tetap ada taman. Last-last ambil la juga.
Akak ada 2 cerita sepanjang Akak bekerja di sana semasa bulan puasa;
Kejadian pertama datang seorang perempuan bawa 3 ke 4 pasang baju kurung Thai silk minta untuk dicuci. Masa tu tak silap Akak 3 4 malam sebelum cuti raya minta bajunya dicuci dry clean. Bila Akak perhatian baju tu betul-betul Akak cakap yang kita tak boleh ambil sebab baju ni dah rosak fabriknya. Baru perempuan tu bercerita yang dia hantar ke dobi lain untuk cucian kering tapi dobi tersebut buat cucian tangan. So dia minta Akak buat cucian kering, mana tau kalau boleh jadi elok sikit katanya. Akak told her yang kami boleh cuba tetapi berkemungkinan baju akan koyak sebab reput. Bila dia kata ok, Akak tulis juga diresit tentang apa yang Akak beritahu mengenai baju tersebut yang berkemungkinan akan koyak. Lepas tu kami pun basuh baju tersebut. Memang seperti yang diduga, hampir kesemua baju dan kain kurung tersebut koyak dan warna menjadi a bit teruk. "Huh! sib baik dah bagitau perempuan tu pasal benda ni". 2 hari lepas tu perempuan tu datang untuk ambil baju tersebut but sedih sebab baju raya dia takde kerna sudah rosak.
Lagi 1 cerita ni macam lawak la pulak. Masa tu kami dapat kontrak dengan sebuah stesyen tv. Bila stesyen tv ni selalunya time-time puasa banyak shooting. Nak dijadikan cerita satu hari orang tv call suruh ambil baju. So driver pun pi la ambil. Bila driver sampai kedai orang tv call kata baju nak ambil balik sebelum pukul 8 pagi sebab nak outstation untuk shooting. Masa tu dah pukul 6. Akak cakap mana boleh sebab lambat cakap. Pekerja masa tu semua dah balik, siapa nak gosok?. Pekerja pula start kerja pukul 9. Lepastu dia kata ok last pukul 830. Akak still cakap tak boleh. Last-last Akak hangin Akak cakap "Ok la kalau nak sangat, hantar pekerja you 2 orang untuk gosok. Saya boleh basuh malam ni". Esoknya Akak datang kedai pukul 730 pagi dah bertenggek 2 pekerja dia kat depan kedai...Hambik koo.
Sekian...
No comments:
Post a Comment