Tidak dinafikan semakin banyak perniagaan dobi dibuka sekarang ini kerana terdapatnya permintaan. Dan disebabkan ini perang harga telah berlaku dikalangan peniaga-peniaga dobi. Ada yang telah ataupun sanggup meletakkan harga dibawah para par (cost la).
Harga caj perkhidmatan adalah sesuatu yang sensitif. Jika letak terlalu murah boleh jadi kita terpaksa menanggung kerugian disebabkan penggunaan mesin yang tidak betul. Dan apabila letak harga terlalu mahal takut pelanggan tak datang. Tetapi bagi Akak la, kalau kata harga mahal tetapi servis bagus mungkin tidak mendatangkan masaalah. Servis bagus disini pula tidak hanya bermaksud gosok cantik ataupun basuhan wangi ataupun bersih tetapi ianya merangkumi semua aspek seperti persekitaran kedai yang bersih dan tersusun, pekerja yang ramah dan sentiasa tersenyum tidak kira berapa penatnya mereka bekerja.
Akak ambil contoh kedai dobi bawah rumah Akak la kan 'Drop & Wash'. Caj mereka tak murah macam gosok jeans RM3.00 dan lain-lain Akak tak ingat sebab banyak sangat hantar dan tak kuasa nak tengok bill (kadang-kadang bill pun Akak tak ambil...wakakaka).
What I like and Akak rasa yang buat business dia bagus (selain dari marketing stratergy dia la kan):
Signboard: Kalau sesiapa lalu di Jalan Tun Razak (flat yang sebelah elevated highway tu) tak nampak signboard dia Akak tak tau la nak cakap apala. Sebesar-besar alam. Nama very commercial, signboard design very nice dan yang penting time malam lampu di signboard sentiasa ada yea (ada sesetengah kedai, lampu signboard terbakar dibiarkannya. Hodoh sungguh nampak).
Susun atur kedai: Kedai ni kalau datang time peak ( I think dalam tengah hari) memang banyak baju sebab mereka ada buat pick-up delivery. Tapi there will be a space untuk pelanggan berjalan. Dalam kedai memang banyak baju (adakalanya terlalu banyak) tetapi masih ada space untuk pelanggan. Tak pernah lagila Akak masuk kedai Akak berjalan macam ketam.
Pekerja: Masa baru-baru buka memang ada masaalah sebab masa tu pekerja hanya 2 orang tak silap Akak dan mereka tak boleh nak communicate dalam bahasa melayu or english. But now Akak rasa pekerja dia lebih daripada 10 orang and semuanya macam senyum je. Takkan nampak yang macam marah-marah or penat (pada hal gosok banyak ni). Setiap kali Akak atau pelanggan lain masuk kedai pekerja dia senyum dan cakap baik-baik dengan pelanggan. Baik pekerja lelaki ataupun perempuan.
Welcome environment: Dalam blog sebelum ni Akak ada ceritakan mengenai 1 kedai dobi di Damansara, yang bila mana Akak masuk, Akak tak rasa seperti di welcomekan. Nak kata kedai tu sibuk, tidak juga sebab memang kedai tu kosong. Lepas tu Akak disambut dengan pekerja yang muka nya macam hampeh. So sekali je la Akak pegi situkan (perlu ke bayar kalau orang tak suka kita datang?). But this shop yang Akak selalu pergi, you can feel the welcome environment. Maybe sebab pekerja la kot.
Servis: TIP TOP. Sebab tu Akak tak boleh nak komplen la. Servis memang bagus. Tak kira banyak mana baju mereka basuh hari tu, baju Akak hantar akan siap dalam tempoh 24 jam yea.
Sebab tu Akak selalu cakap dengan peserta lakukan investment untuk perniagaan. Macam kat 'Drop n Wash' ni the imej is nice, pekerja bagus jadi letak harga berapa pun orang akan datang sebab semua diatas. Dan Akak berani cakap pelanggan mereka yang walk-in pun bukan dari kawasan perumahan Akak. Kekadang tu adalah pak arab, mat salleh yang sesat dari ulu banat mana datang hantar.
FIKIRKAN LAH. TIDAK KIRA APA JENIS PERNIAGAAN YANG KITA BUAT, KITA YANG MENENTUKAN HALA TUJU PERNIAGAAN KITA SEBENARNYA....
Fikir-fikirkanlah adakah kita nak sentiasa berada ditakuk lama dengan semakin banyaknya pesaing yang akan datang?.
Fikir-fikirkanlah adakah kita nak sentiasa berada ditakuk lama dengan semakin banyaknya pesaing yang akan datang?.
No comments:
Post a Comment