Rasanya tidak kira dimana-mana dan apa jua jenis perniagaan pekerja adalah masaalah utama lately. Dan 2 kes diabawah adalah antara contoh-contohnya untuk perniagaan dobi. Kadang-kadang ni sebagai bos kita ingat bila dah ada pekerja, ianya dapat membantu kita. Dan tidak kurang yang main lepas tangan bagi pekerja buat semua kerja. Akak always remind peserta kursus Akak, tidak kira business dobi ni sebagai pendapatan sampingan atau sebagai percubaan ke, kita perlu ambil tahu didalam segenap hal. Baik dari segi daily operation hinggalah ke perakaunan.
Diatas kes pekerja tak buka kedai tanpa memberitahu tokey. Pelanggan call nak ambil baju tapi kedai tutup.
Yang ni kes bila mula buat rekod baru perasan yang ada resit yang hilang (maksudnya ada kejadian yang tidak diingini...paham-paham je la). Sebelum Akak mendapat email ini, ada seorang peserta kursus talifon tanya macam mana apa nak buat bila ada kes kecurian didaam kedai. Bila Akak tanya banyak ke yang hilang. Dia jawab bulan pertama pekerja baru masuk ok. Bulan ke-2 dan hingga sekarang bulan ke-7, sales berkurangan secara mendadak. Bila dia mula buat rekod yang contoh Akak beri semasa kursus didapati sales drop dalam anggaran RM2000 - RM3000. Kenapa nak tunggu hingga bulan ke-7? Dari mula tak buat sebab TAKDE MASA. Bekerja sambil berniagaa bukan perkara yang mudah sebab kita penat. Tetapi kita akan bertambah penat kalau BEKERJA + BERNIAGA + DUIT SALES HILANG...yang ni lagi penat kot. Business is good but it's not as easy as you tought honey...so do something. Mungkin ada dikalangan kita berniaga hanya untuk pendapatan sampingan. But trust me kalau berniaga sampingan (tidak kira apa juga jenis perniagaan) dibuat dengan betul ianya akan menjadi pendapatan utama. Dan persiapan dihari tua. Maklumlah kerja swasta mana ada pencen, nak harapkan KWSP tak cukup.
Fikir-fikirkan lah....
No comments:
Post a Comment