Persiapan awal adalah perlu bila kita nak mulakan perniagaan. Dan keperluan asas yang tidak boleh dipandang ringan untuk hampir kesemua aspek. What I want to share here is all about basic thing in business.
Business card - ada juga yang takde business card
Corporate pforile - ada yang tak tahu apa itu corporate profile
Penetapan harga caj basuhan - minta harga caj basuhan bila ada pelanggan datang untuk basuh lain daripada apa yang selalu dibasuh. Is that how it works? Pricing perlu ada sebelum buka kedai. And bila minta kat Akak. Akak kat KL, harga untuk Kuantan area Akak tak tau dik. Semua tu adik kena prepare sebelum buka kedai. Macam mana nak dapatkan? Pandai-pandai fikir. Be creative not just how to increase sales but how to curi harga pesaing...wakakak.
Surat perlantikkan dan surat pengesahan jawatan pekerja - tak semua yang ada
Perakaunan - tunggu LHDN datang baru panik
Ini antara yang selalu orang minta Akak tolong selepas perniagaan dibuka. Business card macam mana boleh takde? Corporate profile minta bila nak masuk tender atau nak hantar ke hotel. Bila Akak tanya kenapa nak hantar ke hotel?. Dah hampir 2 tahun berniaga, business tak berapa bagus jadi nak try hotel. Corp profile penting bila kita mula ada syarikat bukan bila kita fikir nak hantar ke hotel sahaja. Bila Akak cerita apa itu corp profile, Akak cakap sekali kena ada surat cover bila nak hantar ke hotel. Again tak faham. Ini adalah asas yang semua usahawan perlu tahu.
Surat perlantikkan dan surat pengesahan jawatan diminta apabila pihak Jabatan Tenaga Rakyat datang ke kedai buat pemeriksaan.
:) No comment je Akak boleh kata. Actualy banyak yang Akak akan ingatkan masa kursus. Dari sebesar-besar hingga sekecil-kecil benda Akak akan sentuh. Sebab Akak faham bila kita bekerja lain dengan bila kita berniaga. Dan ini hanya sebahagian bila ada yang bertanya. Akak fenin as usual.
No comments:
Post a Comment