Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dobi serta pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Mari Kita Renungkan Bersama...

Ini adalah keratan akhbar yang akak cuba masukkan dari dulu lagi, cuma takde masa. Now ada masa, so akak upload la.  Anyway this is something yang perlu dipandang serius oleh semua.


Yang ni memang akak dok pikir dari dulu lagi. Dengan jumlah yang tak seberapa, selalu fikir cukup kah nak menampung hidup kelak. Rasanya kalau cuba berjimat cermat pun apa yang ada dalam akaun kwsp akak cukup la kot untuk 2 3 tahun. Itu pun kalau barang2 tak naik harga la. Selalu akak cakap sekarang ni kalau nak keluar rumah je mesti kena ada at least RM200 dalam tangan. Minyak and parking je boleh cecah RM60 sehari. Ada pulak kawan yang cakap 'Alah pakai myvi bukan minyak banyak pun'. Memang betul myvi tak pakai minyak banyak tapi kalau takat masuk RM10 hengget, tu untuk panaskan enjin je'.


And last akak try buat business. And apa yang terjadi di cerita no 1 ni memang saya kena. Ditipu rakan perniagaan (partnership) sebab masa tu memang tak tahu pasal berniaga, cuma fikir pasal untung sahaja.  Ini boleh diambil ikhtibar oleh semua orang. Berniaga bukan perkara yang mudah. Memang ada yang mengambil jalan pintas dengan hanya membuat pelaburan tanpa mengambil tahu semua aspek. That is wrong. Tidak kira apa jenois perniagaan, kena pastikan yang kita tahu kemana duit kita dilaburkan. Pengalaman bekerja dan berniaga sendiri adalah 2 perkara yang berbeza.  Ramai yang berpendapat 'Alah, aku kerja ni kalau kerja company sendiri dah kaya'. Memang betul. Tapi nak menjalankan perniagaan bukan perkara yang mudah. Jika bekerja, setiap bulan kita tahu yang duit gaji akan masuk kedalam akaun kita setiap hujung bulan. Tetapi bila kita berniaga bezanya bukan sedikit tetapi 110% berbeza dari bila kita bekerja.

Berniaga adalah bagus, malah dalam al-quran pun ada berkata yang salah satu sumber pendapatan datangnya dari berniaga. Tetapi kalau ilmu dan pengetahuan tak cukup, kita akan susah. Lagi pula kalau pakai duit simpanan KWSP. Think wisely Dapatkan maklumat secukupnya dalam segi keusahawanan. Macam saya cakap sebelum ini, JANGAN AMBIL PENDEKATAN, BILA KITA BERNIAGA RAMAI YANG AKAN MEMBANTU. INGAT, BILA KITA BERNIAGA, KITA ADALAH PESAING!.

Ingat tu pesan akak...so mari kita fikir cara terbaik....

No comments:

Post a Comment