Selalu Akak berpesan kepada peserta kursus Akak (sampai hilanglah suara bercerita) bila kita decide nak berniaga banyak perkara perlu diambil tahu walaupun kita tak koser nak tau. Being a boss tak senang yea. So last year 2 peserta kursus yang telah membuka perniagaan dalam tahun 2008 telah mendapat kunjungan hormat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri. Panik tak henggat! Call Akak. Bila Akak tanya takde buat akaun ke? Ada jawabnya. Habis tu nak takut apa?. Kalau orang LHDN nak tengok apa-apa bagi sajala. Kita tak buat salah jangan takutlah. Betul tak.
Dan baru-baru ini pegawai daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada membuat kunjungan hormat di salah satu premis dobi. Dan usahawan tersebut perlu membuat kunjungan balas :). Always be prepared. Sebab itu sekarang ni Akak akan menyentuh pasal KWSP, SOCSO dan Income-tax (perakaunan) bagi peserta kursus. Ramai yang mengambil jalan muda dengan menubuhkan syarikat Enterprise...selamat katanya. Nope it;s not like that. Sekarang ini kena ingat jika kita berniaga sendiri dan apabila ingin membuat pinjaman pembelian kereta atau rumah, bank akan minta KWSP dan income-tax kita :)
Semua ini mungkin nampak macam pening kepala sebab tak pernah buat, tetapi jika kdah buat dan menjadi rutin kepada kita. inshaallah ianya akan menjadi mudah.
No comments:
Post a Comment