Laila Mukhtar-Idongesit
berkelulusan Diploma Kesetiausahaan dari sebuah kolej di Kuala Lumpur
dan kini berkhidmat sebagai setiausaha disebuah syarikat pengiklanan.
Berkhidmat dibawah Creative Pearl (M) sdn Bhd ('CPMSB') pada tahun 1995, sebuah syarikat yang menawarkan khidmat dobi runcit dan dobi komersial di sekitar Lembah Klang sebagai setiausaha kepada pengarah urusan. Sepanjang tempoh berkhidmat beliau telah didedahkan mengenai cara mengendalikan operasi harian perniagaan dobi seperti melayan pelanggan, menyelesaikan masaalah dengan pelanggan, membuat proses basuhan bagi cucian biasa dan cucian kering, menggosok, menbungkus mengikut kaedah Dr Clean, membuat penghantaran kepada pelanggan (pick-up delivery) dan membuat pesanan bagi bahan habis guna.

Tidak hanya
pada operasi harian perniagaan dobi tetapi beliau juga menjaga urusan
pentadbiran dan perakaunan syarikat seperti mengemaskini akaun
syarikat, menguruskan pentadbiran am syarikat, menguruskan hal ehwal
pekerja yang pada ketika itu seramai 32 orang pekerja dan juga
pemasaran.
Juga merupakan
eksekutif pembangunan perniagaan (Business Development Executive).
Sebagai eksekutif pembangunan perniagaan beliau telah didedahkan cara
dan bagaimana penubuhan sebuah perniagaan dobi. Bermula dari pemilihan
lokasi, pemilihan mesin dan peralatan dobi, pemilihan konsep yang
berseuaian, pengubahsuaian premis perniagaan, pemilihan pekerja,
pentadbiran am dan perakaunan bagi perniagaan dobi dan pemasaran. Juga
merupakan pembantu tenaga pengajar bagi kursus dobi anjuran Kementerian
Pembangunan Usahawan yang mana pada ketika itu CPMSB merupakan tenaga
pengajar bagi industri dobi bagi kursus yang dianjurkan.
Berpengalaman
didalam dunia perniagaan butik, kosmetik, vitual office dan restoran.
Menubuhkan Laila Mukhtar Management (“Laila Mukhtar Mgmt”) pada tahun
2007 bertujuan membantu usahawan menyiapkan diri sebelum menceburi
dunia perniagaan kelak.
Walaupun
mempunyai perniagaan sendiri, beliau masih bekerja sebagai setiausaha.
Bagi pendapat beliau pengalaman bekerja di Dr Clean disertakan dengan
pengalaman berniagaan dan pengalaman yang bakal timba dengan jawatan
sediaada dapat membantu bakal usahawan untuk mengetahui keadaan semasa
yang mana boleh dikongsi bersama peserta kursus.
No comments:
Post a Comment